Sembelit Ketika Berpantang? Ini petua untuk mengatasinya



Sembelit dalam tempoh selepas bersalin ialah gangguan usus, yang dicirikan oleh simptom, seperti sakit atau ketidakselesaan, ketegangan, najis keras dan rasa buang air besar yang tidak lengkap.

Sembelit adalah masalah biasa selepas bersalin. Beberapa petua yang boleh membantu ibu hamil mengatasi sembelit termasuk:

1. Minum banyak air: Pastikan anda minum banyak air setiap hari.  Ini membantu melonggarkan najis dan mengelakkan sembelit. Air merupakan elemen terpenting dalam kelangsungan proses tubuh seperti sistem pernafasan, saraf, perkumuhan dan pencernaan. 

Menyusukan bayi juga boleh buat anda dahaga. Jadi para ibu disarankan agar minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap. Jangan sampai memaksa diri pula. Minum air secara berlebihan tidak akan memberikan manfaat tambahan, malah mungkin akan buat anda rasa tidak selesa.

2. Makan makanan kaya serat: Serat membantu dalam pergerakan usus yang lancar.  Makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang tinggi serat. Makanan berserat tinggi membantu meningkatkan pergerakan usus dan melawaskan penghadaman. Ia juga membantu untuk melembutkan najis supaya anda tidak payah nak teran teruk-teruk semasa membuang.

Kumpulan makanan seperti bijirin penuh (wholegrains), kekacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran elok diamalkan dalam diet seharian anda. Ambil makanan ini bersama makanan lain untuk mengelakkan gas berlebihan.

3. Senaman ringan: Lakukan senaman ringan seperti berjalan untuk merangsang pergerakan usus. Aliran darah akan meningkat ke semua otot badan kita apabila kita bersenam. Ini secara tidak langsung akan menjadikan otot-otot dalam sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik. Jadi makanan pun akan terproses dengan lebih cepat.


Cara senaman ibu mengandung

4. Amalkan gaya hidup sihat: Sentiasa cuba mengekalkan gaya hidup sihat dengan mendapat tidur yang cukup dan mengurangkan tekanan.

5. Elakkan makanan yang menyebabkan sembelit: Elakkan makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti makanan berlemak berlebihan. Pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan adalah salah satu cara mengatasi sembelit secara semulajadi. Sembelit adalah keadaan seseorang sukar membuang air besar kerana terdapat kotoran yang tersumbat pada bahagian usus.


Atau Petua moden yang perlu anda ambil perhatian di sini adalah dengan pengambilan vitamin Shaklee. Apa vitaminnya? Tak lain tak bukan Ostenutrix Shaklee dan Herblax Shaklee. 


Kelebihan Ostenutrix untuk Sembelit 

Ostenutrix bantu melembutkan najis sebab kandunganya ada magnesium.

Magnesium boleh mengendurkan otot-otot di dalam usus. Ini boleh membantu mewujudkan aliran yang lebih lancar semasa najis melalui usus. Magnesium menarik air ke dalam usus. Peningkatan dalam air ini merangsang pergerakan usus. 

Ia juga melembutkan dan mendorong pergerakan usus dan membantu membuat najis lebih mudah dibuang. Ibu dalam pantang wajib ambik ostenutrix ni. 





Kandungan Herblax Untuk Sembelit 

  • SENNA LEAVES -Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • BUCKHORN BARK – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan kepada usus
  • LICORICE ROOT– Membantu proses detoksifikasi
  • FENNEL SEEDS– Mengeluarkan toxin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan berkesan  untuk nasalah sembelit.
  • ANISE SEED – Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantuproses pencernaan
  • RHUBARB ROOT – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik.
  • BLUE MALVA FLOWER – Membantu proses detoksifikasidan mengimbangkan struktur kulit.
  • CULVER’S ROOT – Membantu masalah lebihan air dalam badan
  • ALFALFA LEAVES – Membersihkan usus, darah dan hati.





Nak tahu segala info tentang sembelit, klik jer semua link di bawah ni. Anda akan jumpa banyak info yang berguna untuk anda ambil dan amalkan.

Bahaya Sembelit

Vitamin Sembelit Untuk Semua Peringkat Umur 

Sembelit Boleh Membawa Maut 

Set Sembelit Shaklee

Ibu Berpantang : Nak Buang Air Besar Takut Jahitan Terbuka

Post a Comment

0 Comments