Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee?



Sebelum pergi ke tujuan tajuk entri di atas, saya ceritakan sedikit pengenalan Shaklee yang mana mungkin ramai yang belum tahu. 
Kisah Shaklee bermula dengan hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Shaklee telah menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya. Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Esp Adalah Produk Pertama Saya Dari Vitamin Shaklee. Mengapa Saya Memilihnya?

Inilah gambar pertama saya dengan Esp 


Meh saya cerita sikit, kenapa pulak saya pilih vitamin SHAKLEE.
Produk pertama yang saya jatuh cinta ialah ESP.
KENAPA?
Kerana saya nak puasa ganti kerana anak saya yang ke5 bersalin pada bulan Ramadan.
ini
SEBAB APA NAK MINUM ESP? 
Sebab saya google majoriti yang saya jumpa testimoni ESP yang semuanya menarik minat saya untuk membeli Esp
Dengan testimoni yang saya google itulah yang buat saya tergoda untuk membeli ESP.

Sangkaan dan pilihan saya memang tepat. Dalam proses berpuasa itu saya menyusukan anak tanpa rasa lapar dan paling saya suka tenaga saya sama seperti saya tidak berpuasa.

Alhamdulillah .. Dengan izinnya saya terus memilih Esp Shaklee khasnya dan VITmin SHAKLEE UMUMNYA.
Vitamin Shaklee telah menjadi sebahagian dari kehidupan saya. Begitu juga seluruh ahli keluarga saya.

Saya telah menjadi agen Shaklee dari tahun 2014 hingga kini 2023. Saya masih di sini kerana ingin terus menyampaikan dan berkongsi manfaat semua produk SHAKLEE untuk anda di luar sana.

5 SEBAB MENGAPA SAYA PERLU PILIH VITAMIN SHAKLEE? 

Vitamin adalah nutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik.  Memilih vitamin untuk kesihatan adalah penting kerana:


1. Kekurangan Vitamin.
Tanpa vitamin yang mencukupi, tubuh boleh menghadapi kekurangan vitamin yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kelemahan, gangguan sistem imun, dan penyakit. Shaklee sendiri mempunyai multivitamin yang sentiasa mendapat pilihan iaitu Vita-Lize New Improved Formula.

2. Fungsi Biologi
Setiap vitamin mempunyai fungsi biologi yang unik dalam badan.  Memastikan anda mendapat semua vitamin yang diperlukan membantu mengekalkan fungsi badan yang optimum. Dengan fungsi yang terdapat di dalam Vivix, ia mampu memberikan kesihatan secara keseluruhan kerana dia tinggi antioksidan.

3. Pencegahan Penyakit
Sesetengah vitamin boleh membantu melindungi tubuh daripada penyakit tertentu.  Sebagai contoh, vitamin C membantu meningkatkan sistem imun, manakala vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang yang baik. Boleh baca semuanya tentang Vitamin C klik saja di sini.

4. Gaya Hidup
Diet harian tidak selalu menyediakan semua vitamin yang diperlukan.  Oleh itu, memilih vitamin tambahan boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan, terutamanya jika anda mempunyai diet tertentu atau gaya hidup yang sibuk. Semuanya juga boleh di baca di sini Diet dengan vitamin Shaklee

5. Kesihatan Am
Vitamin juga penting untuk mengekalkan kesihatan kulit, mata dan organ dalaman yang lain.  Pengambilan vitamin yang betul boleh membantu mencegah masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Klik di sini untuk Tips Sihat Dan Cantik


PERKONGSIAN YANG MENARIK PERHATIAN SAYA TENTANG KESIHATAN 
LIFE IS FRAGILE

Sebelum meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat kanser perut, pereka dan pengarang 
terkenal dunia "Crisda Rodriguez" menulis:
  1. Saya mempunyai kereta paling mahal di dunia di garaj saya, tetapi sekarang saya perlu bergerak di atas kerusi roda.
  2. Rumah saya menjual pelbagai jenis pakaian, kasut dan barang berharga berjenama, tetapi kini badan saya berbalut dengan kain kecil yang disediakan oleh pihak hospital.
  3. Saya mempunyai banyak wang di bank. Tetapi sekarang saya tidak mendapat manfaat daripada jumlah ini.
  4. Rumah saya seperti istana tetapi sekarang saya tidur di sebuah katil di hospital.
  5. Dulu dari hotel lima bintang ke hotel lima bintang yang lain. Tetapi sekarang saya menghabiskan masa di hospital bergerak dari satu makmal ke makmal yang lain.
  6. Saya telah memberikan beratus-ratus tandatangan kepada orang, tetapi kali ini rekod perubatan adalah tandatangan saya.
  7. Saya mempunyai tujuh tukang gunting rambut untuk menyikat rambut saya, tetapi sekarang saya tidak mempunyai sehelai rambut di kepala saya.
  8. Dengan jet peribadi, boleh terbang ke mana-mana, tetapi sekarang saya perlukan bantuan untuk berjalan ke pintu hospital.
  9. Walaupun terdapat banyak makanan, kini diet saya adalah dua biji pil sehari dan beberapa titik air garam pada waktu petang.

Rumah ini, kereta ini, pesawat ini, perabot ini, bank ini, terlalu banyak reputasi dan kemasyhuran, tiada satu pun yang sesuai dengan saya. Semua ini tidak akan melegakan saya. Tidak ada yang nyata kecuali kematian.
Pada penghujung hari perkara yang paling 
penting ialah kesihatan.

Kehidupan kita sangat FRAGILE.
(Sonali Benre cancer survivor)



KESIMPULAN

Jadilah pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan yang baik. Duit yang banyak tidak mampu menjamin kesihatan jika kita tak ambil peduli tentang diri sendiri. Hidup sihat dan kemal sihat adalah matlamat yang perlu untuk setiap dari kita kerana kesihatan itu adalah nikmat yang paling berharga. Baca di sini juga Mengapa pilih Vitamin Shaklee by Master Fatin Hamdan

Post a Comment

0 Comments