8 Cara Mengawal Kemarahan Mengikut Islam



Dalam pandangan Islam, marah adalah satu emosi yang manusia boleh alami, tetapi ia harus dikawal dengan adab dan hikmah. Islam mengajar agar marah tidak melampaui batas dan mengakibatkan perbuatan atau kata-kata yang buruk. Rasulullah SAW menekankan pentingnya mengekang amarah dan menggalakkan untuk memberikan reaksi yang tenang dan sabar dalam situasi yang menimbulkan kemarahan.

Menurut Islam, mengawal kemarahan melibatkan beberapa aspek seperti bersabar, mengelak daripada bertindak impulsif, dan mengingati ajaran agama. Ingatlah bahawa mengawal kemarahan adalah proses yang memerlukan latihan dan ketekunan.  Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri mengikut ajaran dan etika agama Islam. Mengawal Kemarahan adalah satu kejayaan bagi anda kerana terhindar dari sebarang kenungkinan kejadian yang lebih buruk.


Cara Mengawal Kemarahan Mengikut Islam.

  1. Berzikir: Mengingatkan diri dengan zikir atau doa apabila berasa marah boleh membantu menenangkan hati. Lakukanya ketika hati sedang rasa kemarahan. 
  2. Berdoa: Minta pertolongan kepada Allah untuk mengawal emosi negatif dan memberi kekuatan untuk terus bersabar. Hanya dia yang maha tahu isi hati kita.
  3. Menjauhkan diri dari keadaan: Jika boleh, jauhkan diri dari punca kemarahan itu seketika untuk memberi masa emosi reda. Pergi la kemana-mana pun asalkan jangan berada di tempat yang sama semasa sedang marah.
  4. Berfikir sebelum bertindak: Renungkan akibat daripada tindakan marah sebelum melakukannya. Apakah keburukan jika kita meneruskan marah kepada sesiapa saja.
  5. Bersabar: Ingatkan diri tentang kepentingan sabar dan menjaga akhlak dalam apa jua keadaan. Paling penting untuk hal ni sebelum api kemarahan menjadi sesuatu diluar jangkaan.
  6. Bercakap dengan baik: Jika ada keperluan, sampaikan perasaan dengan sopan dan bijaksana, tanpa menggunakan kata-kata kasar. Cuba mengawal diri sendiri.
  7. Bertaubat dan memaafkan: Jika anda sudah marah dan melakukan kesalahan, segeralah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dan kepada mereka yang mungkin terlibat. Ini adalah jalan terbaik yang akan lebih membuat anda lebih tenang. 
  8. Mengelakkan perkara yang mencetuskan kemarahan: Elakkan situasi atau perkara yang biasanya mencetuskan reaksi marah. Lebih baik pergi dari kita berada di dalam kelompok yang sedang marah kerana ini akan menjadi situasi yang lebih buruk dan tiada jalan penyelesaian.


 “Jangan marah”... Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi, "Berilah aku wasiat?" Beliau bersabda,"Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,"janganlah kamu marah." - [HR Bukhari 5651].

 

Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya: Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. - [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.

 

Doa Mengawal Kemarahan 

1. Membaca istia’zah atau ta’awuz.

Mintalah perlindungan Allah daripada syaitan yang menyesatkan dengan melafazkan “Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”. 
 


Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara yang di luar fitrah manusia. Mereka akan berusaha menghasut manusia supaya melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ketika seseorang itu dalam keadaan marah.

Oleh yang demikian, kita seharusnya meminta pertolongan Allah supaya diri kita terhindar daripada bisikan yang boleh membinasakan seperti membunuh, memaki hamun, melakukan perbuatan yang melampau dan sebagainya apabila seseorang itu marah.

In syaa Allah jika diamalkan selalu dan dihayati maknanya, tanpa sedar kita akan nampak perubahan dia. Begitulah besarnya impak sepotong ayat yang selalu kita sebut sebelum membaca surah al-Fatihah.
 

2. Bacaan doa ketika merasa marah.

Dilansir dari nu.or.id, Rasulullah SAW pernah mengajarkan bacaan doa untuk dibaca ketika sedang merasa marah.

Doa ini digunakan pula sebagai permohonan kepada Allah SWT agar selalu dilindungi dari pengaruh setan dan tidak melakukan hal-hal keburukan saat marah.Adapun bacaan doanya ialah sebagai berikut:

 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ ، وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ ، وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ

Allâhummaghfirlî dzanbî, wa adzhib ghaizha qalbî, wa ajirnî minas syaithâni.Artinya, “Tuhanku, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh setan.”

 


Berdoa mempunyai banyak faedah, seperti memberikan rasa ketenangan, meningkatkan hubungan rohani, mengurangkan tekanan, dan membantu dalam proses muhasabah diri.  Doa juga boleh menjadi cara untuk menyatakan harapan, kesyukuran, dan meminta pertolongan dalam menghadapi cabaran hidup.  kerana 

Post a Comment

0 Comments