Kenapa perlu cari ilmu? Sebab kalau kita ada pengalaman tanpa ilmu segala cabang bisnes tak akan menjadi dan tak cukup. Orang yang berjaya pun tak pernah putus mencari ilmu untuk memperbaiki taraf bisnes dari masa ke semasa. Apatah lagi kita yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online. Dengan adanya ilmu yang cukup, kita boleh mulakan bisnes tanpa rasa takut rugi dan mungkin tiada keuntungan.
Masa nak mula bisnes tu jangan nak keluarkan modal besar-besar terus. Sebab takut silap langkah, bahaya. Mulakan dengan bisnes kecil-kecil dulu.
Bagi yang bisnes online, mulakan dari dropship. Kemudian baru upgrade jika kena pada waktunya. Jangan tamak jika kita sudah mendapat untung yang banyak kerana orang yang tamak itu selalu rugi. Ingat!!!
Dalam sifat manusia pasti ada rasa cemburun Rasa cemburu itulah yang boleh digunakan untuk kebaikanm Bila tengok kisah-kisah kehidupan dalam perniagaan diorang memang boleh dijadikan inspirasi. Cemburu itulah yang membawa kepada sifat positif untuk berkaya macam mereka. Mungkin lebih dari mereka
Jadikan kisah jatuh bangun mereka dalam bisnes sebagai pengajaran dan tambah baikkan pada hidup anda. Bila down... tonton movie, baca buku-buku ysmg boleh menaikkan semula semangat anda.
Pergi la seminar apa-apa pun tak kisah. Training ke, motivasi ke, yang penting ianya boleh kekalkan momentum anda untuk berada dalam circle yang positif. Dengan hasil seminar yang kita pergi mungkin diantaranya akan membuatkan kita untuk ikut apa yang mereka kongsikan untuk meraih kejayaan dalam bisnes online. Sekarang pun seminar boleh juga kita ikuti melalui online tidak hanya tertumpu kepada seminar secara bersemuka. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Semua orang ada BIG WHY dalam hidupnya. Kalau tak de tu, cuba fikirkan semula. Sebagai contoh:
• nak bawa mak pergi umrah
• nak beli kereta baru
• nak pergi melancong
• nak bayar rumah habis
• tak nak ada hutang
Bila rasa putus asa, kecewa dan marah dengan orang lain atau diri sendiri, ingat semula BIG WHY anda, usah peduli apa kata orang. Mereka tak tahu apa MATLAMAT kita, tapi kita tahu apa MATLAMAT kita.
6. Pilih mentor yang tepat
Setiap yang nak kita mulakan mesti ada mentor yang kita kagumi. So, bisnes online ini juga bermula dari mentor yang aktif. Bila mentor aktif maka akan menjadi ikutan kepada yang lain. Semangat untuk berjaya pun semakin membuak-buak jika mentor itu selalu berfikiran positif di kala susah dan senang.
Setiap apa yang kita nak lakukan, semua adalah dari rancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Kita yang membentuk perancangan yang ditetapkan itu berjaya atau sebaliknya. Kekayaan tanpa doa dan selalu ingat pada Allah SWT pasti akan pincang di mana-mana keadaan.
Lupa diri juga adalah punca kejayaan itu gagal ditengah jalan.
Doa merupakan elemen yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan. Tetapi doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang. Manakala orang yang mengaku dirinya islam, doa merupakan medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan. Boleh di katakan setiap detik kehidupan sehari kita,pasti ada doa-doa yang tertentu,kerana doa itu merupakan senjata dalam memperolehi kejayaan
0 Comments