Testimoni Sebenar Saya Dengan Ostenutrix Shaklee


Masing-masing ada pengalaman sendiri kan? Saya juga begitu. Melihat pada tajuk entri saya kali ini sebenarnya ada kisah disebaliknya. Pengalaman dan juga testimoni saya dengan Ostenutrix Shaklee. Asbabnya saya dah rasa perubahan yang sangat banyak dan berbeza dengan sebelum amalkan Ostenutix.

Jom baca kisah dan pengalaman serta testimoni mahal saya ni. Hehehe




Rasanya semua pun boleh mengagak apakah kisah itu bedasarkan gambar saya di atas. Untuk mengiakan dan menguatkannya lagi, akan saya ceritakan pengalaman sendiri yang mengamalkan OSTENUTRIX yang sekarang ni dah masuk 8 tahun.

Dulu namanya OSTEMATRIX. Sekarang pula OSTENUTRIX kerana formulanya telah ditambah baik. Sebelum mengenali OSTEMATRIX, saya boleh dikategorikan OKU tapi hakikatnya tidak la begitu.


Saya mengalami kemalangan pada 9 mac 2006 yang mengakibatkan patah tulang peha. Tulang yang menyokong untuk saya berjalan. Lebih kurang gambar di bawah ini lah keadaan tulang peha saya yang patah. Saya melihat sendiri filem yang menunjukkan tempat patah di kaki saya sebaik selesai melakukan x-ray di Hospital Sultanah Aminah.

Klik di sini untuk cerita yang pernah saya kongsikan di facebook Cerita Saya Di Facebook




Alhamdulillah pada 24 Oktober 2006 saya telah boleh berjalan sepenuhnya tanpa menggunakan tongkat ketiak.

Selang beberapa tahun selepas saya boleh berjalan keadaan kaki saya bertambah parah sehinggakan saya tidak dapat solat berdiri seperti biasa seperti orang lain. Saat itulah paling saya sedih kerana jika solat berjemaah suami solat berdiri dan saya terpaksa solat duduk di belakangnya. Saya betul-betul rasa rendah diri.




Pada awal tahun 2015 saya di perkenalkan dengan OSTEMATRIX. Dengan hanya konsisten selama sebulan masalah saya beransur-ansur hilang. Alhamdulillah syukur dengan asbab dan izinnya, pada masa itu sudah boleh melakukan aktiviti lasak iaitu HIKING yang sememangnya memerlukan kekuatan fizikal apatah lagi mental. Tentunya ada yang tertanya-tanya apakah masalah saya. Takkan hanya tak boleh solat berdiri jer.


Kesan Sebelum Mengenali OSTEMATRIX :

  1. Tidak boleh duduk lama di dalam kereta atau di mana-mana juga
  2. Tidak boleh bawa motosikal
  3. Tidak boleh mengayuh basikal
  4. Tidak boleh berlari
  5. Tidak boleh naik tangga
  6. Tidak boleh membengkokkan kaki kerana urat terlalu tegang
  7. Tidak boleh melakukan tugas-tugas lasak
  8. Tidak boleh solat berdiri
  9. Sakit tumit
  10. Dan banyak lagi

Saya betul-betul terkesan dengan OSTEMATRIX. pada masa itu. Ruginya saya ketika itu tiada telefon canggih atau camera yang boleh saya ambil gambar sebagai kenangan. Hanya beberapa helai kertas yang membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku.

Allah swt maha berkuasa. Dengan izinnya saya sihat walafiat sehingga sekarang. Ostematrix antara produk utama saya jual tiap-tiap bulan.
Allahuakbar.


Set Patah Tulang Shaklee

Terdiri daripada Ostenutrix dan Bcomplex. Kalau dulu kemampuan saya untuk mengambil tablet Ostematrix yang sepatutnya menjadi keperluan setiap hari saya kurangkan tetapi sekarang tidak lagi. 
Saya tambah lagi dengan Bcomplex untuk perjalanan darah saya lancar. Set bajet patah tulang bagi yang kurang bajetnya. Namun kalau nak nampak kesan janganlah skip pengambilanya. 





Set Premium Patah Tulang Dan Retak Shaklee

Set yang ni sangat perlu bila lagi yang baru kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang parah. Set ini mampu membantu anda sehingga benar-benar pulih dan berjalan seperti biasa. InsyaAllah dengan usaha dan ikhtiar. Segalanya dengan doa dan izinnya.


Kelebihan Set Patah Tulang Dan Retak Shaklee:

Vivix
Vivix ni antioksidan terbaik dan mampu repair dan renew sel kita yang bengkak disebabkan tulang patah..
Nak bantu tulang kuat perlukan sel yang sihat dan kuat..

Ostematrix
Ada kandungan kalsium, magnesium, vitamin D dan boron.
Memang sangat diperlukan oleh tulang untuk dapatkan nutrisi cukup.
Boron dalam ostematrix bantu padatkan kalsium dalam tulang kita.
Kalsium yang bagus adalah didatangkan bersama Vitamin D dimana ia bertindak menyerap kalsium secara maksimum.

Energizing Soy Protein
Dalam ESP ada protein yang mana makanan kepada sel kita..
Sel sihat baru boleh bawa nutrien cukup ke tulang kita.. Bukan sekadar untuk tulang sahaja..
Peranan sel juga sangat penting dan bantu pembentukan tisu-tisu baru juga..
Kiranya protein ni salah satu agen pengangkut nutrisi lain bagi membantu proses penyembuhan tulang.

Omega Guard
Iaitu ada kandungan Omega 3 yang sangat bagus untuk sel bengkak..Sel bengkak disebabkan tekanan daripada tulang yang patah ataupun retak menyebabkan sel sekeliling tulang terpaksa menahan.

Vitamin C
Nenguatkan imun , membantu luka dan pembinaan sel tulang. Meningkatkan kolagen untuk menghilangkan rasa ngilu dan sakit.


KESIMPULANNYA

Secara keseluruhann, apa yang boleh saya nyatakan adalah sudah pastimya kesan dari set ini masalah yang saya nyatakan di atas dah jauh dan tak pernah singgah lagi ke saya. Sakit tumit yang paling saya takuti dulu dah tak pernah lagi jadi. Bukan tipu tau tapi kebenaram yang nyata. Allah SWT menjadi saksi dan suami adalah orang yang menjadi saksi saya pulih sepenuhnya.


Suami la yang melayan karenah saya berurut ke sana ke mari di kawasan Johor Bahru. Itu adalah cara saya selain baik pulih dalaman. Saya akui bila kita baik pulih dari dalam maka efeknya akan nampak di luaran juga.

Dengan set ini lah saya belajar bertapak dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah di bawah ini saya kongsikan testimoni dari testimoni kastemer saya sendiri. Ada yang dah tak de dalam simpanan tapi yang saya kongsi ini adalah kastemer yang paling teruk. Klik di sini




PENCAPAIAN TERISTIMEWA SAYA SETELAH PULIH DARI MASALAH PATAH TULANG 

Aktiviti hiking bersama kawan-kawan di Gunung Pulai pada November 2020.
Hanya gambar sebagai kenangan bahawa saya memang melakukan aktiviti tersebut.



Mendaki Jabal Nur ketika mengerjakan umrah pada bulan 3/2022.
 Cabaran mendaki bukit batuan pada malam hari hingga sampai ke puncak dan turun semula untuk melihat sendiri Gua Hirak di mana nabi Muhammad SAW menerima wahyu. Alhamdulillah 2 jam naik dan turun sangat puas hati melihat keajaiban ciptaan Allah SWT. Telah menguji kekuatan kaki yang pernah patah. 




Nak testimoni lagi boleh baca entri sahabat blog saya ini  tentang testimoni Chicken Pox

Semoga entri saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kepada semua tentang pentingnya vitamin tulang. Mudahan dapat menambat hati Master Ann yang membacanya.


#shakleethrive2023
#projekblogmega
#pengedarshakleeaktif
#shakleejohor
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023


Post a Comment

3 Comments

仙妮 said…
Wowo.... impressive result you had after your consumption & how helpful thus supplement to you. Thanks for sharing your own experience with us here. Cheers SiennyLovesDrawing
Mrs Pip said…
Alhamdulillah.
Bila kita ambil sesuatu produk kesihatan,
dan ia membantu diri kita menjadi sihat, mmg rasa puas dan nikmat.
Semoga perkongsian ni sgt membantu mereka yang memerlukan suplemen utk luatkan tulang.
Produk Shaklee memang bagus dan terbukti memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.