5 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Kita Ambil Tahu



Badan yang sihat dan otak yang cerdas adalah salah satu tujuan jika kita mengamalkan gaya hidup sihat. Jom saya hursikan dengan lebih terperinci.

5 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Kita Ambil Tahu 

1) Melakukan senaman dan riadah

Melakukan aktiviti senaman dan riadah penting untuk tubuh badan kita. Senaman bermaksud melakukan aktiviti fizikal yang disusun dan dilakukan berulang kali untuk menguatkan kecergasan, otot dan fleksibiliti badan. 

Antara contoh senaman adalah renggangan otot, senam aerobik, berjalan, jogging, berbasikal, berenang dan yoga. Dengan melakukan senaman akan meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan., mengawal tekanan darah, menguatkan jantung dan melambatkan osteoprosis. dan banyak lagi.

Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah mememadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.


2) Mengambil makanan yang seimbang 

Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan bijirin.

Pengambilan makanan yang seimbang adalah penting kerana organ dan tisu kita memerlukan pemakanan yang betul agar dapat berfungsi dengan berkesan. Tanpa pemakanan yang baik, tubuh kita akan lebih mudah mendapat penyakit, jangkitan, keletihan dan tiada tenaga.




3) Mengambil Supplemen Kesihatan

Supplemen kesihatan yang kita ambil bertujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.

Ramai antara kita yang masih ragu-ragu akan kepentingan supplemen kepada diri kita. Ada yang fikir, dah makan sayur-sayuran, buah-buahan, minum susu setiap hari dah cukup lengkap nutrisi. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu tentang kemana hilangnya nutrisi makanan sebelum masuk ke mulut dan seterusnya ke dalam perut kita.

Majoriti makanan yang kita makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediaannya lagi. Ini menyebabkan kita hanya dapat rasa lazat daripada makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.

Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. Ada sebahagian nutrisi yang tubuh kita perlukan adalah lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain. Klik sini Kenapa Perlu Ambil Supplemen



4) Mengelakan diri dari sebarang tekanan

Tekanan diri adalah perkara yang perlu dielakkan. Ini kerana tekanan yang diluar jangkaan akan menjadikan ia sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari jalan penyelesaian supaya mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. Kurang tidur adalalah salah satu akibat tekanan kerana terlalu memikirkan masalah. 

Cuba kongsikan kepada rakan-rakan terdekat dan minta pendapat mereka. Selain itu kita boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berdoa supaya dikurniakan jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah.



5) Menjaga kebersihan persekitaran rumah 

Menjaga kebersihan persekitaran baik di luar atau di dalam rumah. Ini adalah untuk mengelak daripada kita terdedah kepada perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi. 

Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jangan mengundang penyakit kerana kecuaian dari kita sendiri.




Sememangnya kita perlukan sedikit perubahan mudah dari segi diet dan gaya hidup untuk mendapat manfaat yang tidak disangka-sangka! Yang pasti hidup lebih sihat dan bertenaga serta jauh dari sebarang penyakit berbahaya. Info banyak lagi untuk amalan gaya hidup sihat Klik sini di dalam blog Syafa Shahidan
















Post a Comment

0 Comments