Kata-kata motivasi untuk semua bangkit berniaga. Jangan gusar dan patah semangat, yang penting kita usaha dan sentiasa berfikiran positif.
Dalam bisnes banyak cabaran!
Laluilah cabaran yang datang itu sehingga kita berjaya. Ramai orang yang nak berniaga, tapi dihalang oleh perasaan TAKUT. Jom baca sampai habis kita halang rasa JANGAN TAKUT dalam berniaga.
7 Kata-Kata Motivasi Untuk Semua Bangkit Berniaga.
1) Jangan Takut Rugi
Untung dan rugi ni mainan bagi orang berniaga, kalau takut nak hadap kerugian jangan masuk dalam dunia berniaga. Dunia perniagaan ini kejam.
Nak berjaya dalam bisnes, perbetulkan niat kita dulu, kenapa kita nak berniaga selain untuk membantu diri sendiri.
Dalam berniaga jangan terlalu berkira.Tak kira la dari segi wang ringgit, masa atau tenaga sekalipun. Setiap kerugian yang kita alami itu adalah pelajaran dan pengajaran. Ilmu yang sangat berguna untuk kita tak buat lagi kesilapan.
Memberilah pada sesiapa saja. Keluarga, kawan2, pelanggan sekalipun. Jangan takut untuk rugi. Sentiasalah memberi.
What u give, u get back
2) Jangan Takut Tak Jadi
Tak semua berniaga tu terus jadi besar. Mestilah bermula dari modal yang kecil. Semua ni kita mesti tengok sejauh mana boleh pergi barang yang kita nak niagakan. Bila dari modal kecil kita dah nampak pulangan yang lumayan, maka kita boleh teruskan.
Tapii jika modal yang kecil ni kita dah nampak tak ada sambutan, awal-awal la kita berhenti Try and error bak kata orang putih cakap.
Kat situ dah tak de istilah takut tak jadi. Bergantung kepada kita untuk kendalikan perniagaan sendiri.
Bila dah nampak masa depan yang sangat cerah dengan berniaga barang itu, maka jangan pulak takut nak tambah modal.
3) Jangan Takut Menghadap Penolakan Dari Pelanggan
Yang ni pula, pada saya normal dalam perniagaan. Pelanggan berhak menolak jika dia tidak berkenan dengan sesuatu perjanjian jual beli. Jika ni berlaku, bukan masa untuk kita rasa tekanan, malah dengan penolakan itu kita cari di mana silap kita sehingga pelanggan boleh menolak.
Cuba perbaiki kekurangan. InsyaAllah anda pasti akan dapat menilai apa yang pelanggan itu mahukan.
4) Jangan Takut Kena Kutuk Dengan Kawan
Kawan kutuk tu perkara sensitif jika kita benar-benar fikirkannya. Jadikan kutukan kawan-kawan itu sebagai kata-kata motivasi yang akan lebih lagi kita rasa bersemangat untuk berniaga.
Yang kawan pulak tak nak beli tak mengapa, kita bagi dia sokongan. Jangan sesekali kita memaksa.kawan-kawan kita membeli barang perniagaan kita. Itu akan membangkitkan lagi kemarahan dan benci mereka.
Orang tolak produk kita, kekalkan dengan senyuman.Orang tolak perniagaan kita, kekalkan dengan senyuman. Senyuman itu membawa rezeki, jika ada kata "TIDAK", InsyaAllah akan ramai lagi yang kata "YA" kepada kita.
5) Jangan Takut Gagal
Setiap kegagalan adalah punca sebuah kejayaan. Jadi dengan itu. buat apa kita nak takut jika perniagaan kita gagal. Bangkit dan kuatkan semagat untuk teruska lagi tanpa putus asa.
Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita .. Janganlah resah gelisah teruskan melangkah walau berkali-kali kita rebah. Janganlah terus mengalah bila kau gagal. Memang mudah untuk mengalah dan mengatakan "aku tak mampu" Tiada jalan mudah untuk setiap kejayaan.
Kejataan pasti bermula dengan kegagalan.
Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangannya maha hebat dan sempurna. Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita.
Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangannya maha hebat dan sempurna. Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita.
Sesungguhnya tiada yang namanya KEBETULAN kerana setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Adakalanya Allah sengaja temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti betul.
Yang hitam itu tidak semestinya kotor. Yang putih itu tidak semestinya bersih. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Sehebat apapun kita merencanakan sesuatu namun takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Biar miskin harta tapi jangan miskin pemikiran. Bila diajak berniaga, katanya takut tiada masa, takut tiada masa dengan anak-anak, suami dan keluarga.
Dah disediakan modal, dibalas dengan kata-kata kurang mahir. Mahu diajar, masa pula tiada. Hidup yang penuh dengan "ALASAN".
Bukan salah keluarga jika kita dilahirkan miskin, tetapi kalau kita mati dalam kemiskinan itu adalah kesalahan diri sendiri. Hidup ini penuh dengan risiko, kenalah belajar untuk berani ambil risiko. Tidur pun ada risiko, takut tak bangun selama lamanya.
7) Jangan Takut Untuk Mencuba Sesuatu
Jangan takut untuk mencuba sesuatu, tapi takutlah sebab langsung tak mencuba. Jangan peduli kata orang, buat jer kalau tak jadi Plan A kita buat Plan B pula sampai jadi. Percayalahh perancangan Allah itu dahh tersusun cantik.
Secara keseluruhan apa yang kita boleh dapat dari kata-kata motivasi di atas adalah..
- Allah selalu memberikan kelebihan disebalik kekurangan.
- Allah selalu memberikan kekuatan disebalik kelemahan.
- Allah selalu memberikan senyum disebalik kesedihan.
- Allah selalu memberikan kelapangan disebalik kekecewaan.
Yakinlah kejayaan itu akan hadir juga pada waktunya. Sesuai dengan kehendaknya dan sesuai dengan takdirnya. Makanya tiada alasan bagi kita nak meragui keindahan aturannya. Hidup Ibarat Roda Yang Berputar seperti kata mama Fatin dalam blognya ini.
#shakleethrive2023
#projekblogmega
#pengedarshakleeaktif
#shakleejohor
#projekblogmega
#pengedarshakleeaktif
#shakleejohor
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
3 Comments
Memang x senang nak berniaga,
hati perlu kental.