5 Sebab Kenapa Kolagen Hilang Dari Tubuh Badan.





Sempena promosi kolagen bulan Mei 2023 nih, terpanggil-panggil pulak dalam hati ni nak kongsi tentang info lebih detail SHAKLEE COLLAGEN PLUS POWDER yang dikhabarkan lebih superb dan lebih semulajadi isi kandungannya. Lebih-lebih lagi Sebab Kenapa Kolagen Hilang Dari Tubuh Badan yang ramai yang tak tahu. 


5 Sebab Kenapa Kolagen Hilang Dari Tubuh Badan

1- Sinaran Cahaya Matahari 

Pendedahan jangka panjang kepada sinaran ultraungu (UV) boleh mempercepatkan proses penuaan.  Ini kerana kesan pendedahan kepada sinaran ultraungu dari matahari boleh memecahkan kolagen dan merosakkan gentian elastin yang terletak di lapisan paling dalam kulit atau dermis.


Kerosakan kepada kolagen dan elastin sebagai tisu penyokong boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya.  Oleh itu, kulit akan kelihatan longgar dan berkedut lebih awal.

2- Merokok 

Kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan penyempitan saluran darah di lapisan paling luar kulit, sehingga aliran darah ke kulit tidak lancar.  Akibatnya, kulit kekurangan oksigen dan nutrien penting lain.


Selain itu, ribuan bahan kimia dalam asap rokok boleh merosakkan kolagen dan elastin.  Kulit boleh menjadi longgar dan berkedut dengan lebih cepat.  Aduan kedutan kulit di bawah mata biasanya dilihat lebih cepat berbanding bahagian badan yang lain.

3- Kurang Tidur

Penyelidikan mendedahkan bahawa kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh mempercepatkan penuaan pramatang dan menyebabkan kulit kelihatan kusam.  Ini dianggap berlaku kerana kekurangan tidur boleh menurunkan sistem imun, sekali gus merosakkan kolagen dalam kulit.


4- Pengambilan gula yang tinggi 

Makan terlalu banyak makanan tinggi gula boleh menyebabkan keradangan dan merosakkan kolagen.  Pengambilan makanan manis juga boleh menghalang keupayaan kolagen untuk membaiki dirinya.


5- Gerakan muka

Pergerakan muka, seperti menjeling atau tersenyum, boleh menyebabkan garis halus dan kedutan muncul pada kulit muka.  Ini kerana setiap kali anda menggunakan otot muka anda, alur terbentuk di bawah permukaan kulit.


Dengan usia, kulit akan kehilangan kelenturan dan tidak boleh kembali ke keadaan asal apabila otot muka digerakkan.  Ini menyebabkan garis-garis halus dan kedutan yang terbentuk sukar untuk hilang dan sebaliknya berterusan.


Apa Itu Kolagen?

Kolagen adalah protein yang banyak terdapat pada kulit, tulang, otot, salur darah, sistem pencernaan dan tendon. Ia berfungsi seperti gam yang memegang komponen-komponen lain dalam badan kita untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit.

Kolagen bertindak seperti ‘pelekat’ untuk mengikat tubuh anda dan ditemui dengan banyaknya di bahagian kulit. Penghasilan kolagen secara semula jadi berkurangan apabila usia semakin meningkat, dan menyebabkan kulit kendur serta pembentukan kedutan dan garis-garis halus. Tingkatkan pengambilan kolagen anda sekarang dengan Shaklee Collagen Plus Powder supaya kulit kelihatan lebih sihat!




Fungsi Kolagen Untuk Kecantikan 
  1. Meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih tegang dan lembut.
  2. Mengekalkan penghidratan kulit untuk mengurangkan garis-garis kedutan.
  3. Mengecilkan pori-pori dan meningkatkan kelembutan serta kehalusan kulit
  4. Menyokong struktur kulit.
  5. Membantu mengurangkan kekenduran untuk bentuk badan yang lebih tegang dan sihat.




Kenapa Collagen Plus Powder Shaklee Beri Kesan Yang Cepat.
  1. Ianya mudah dan ceoat di serap ke dalam tubuh badan. Berat molekul yang rendah untuk penyerapan yang lebih baik dan untuk merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit dengan lebih cekap.
  2. Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.
  3. Bahan-bahan yang diperkaya dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.




PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN PLUS POWDER 



Lebih banyak info kolagen di sini 

Klik sini untuk Daftar Keahlian
Klik sini untuk berborak dengan saya Kak Shida Rahmat

#projekblogmega
#pengedarshakleeaktif
#agenshakleejohor
#shakleemalaysia



Post a Comment

0 Comments