Program Insentif Shaklee Malaysia April Hingga Jun 2023



Bermula April/2023 sehingga Jun/2023, Shaklee Malaysia telah pun menyediakan satu Program Insentif Shaklee Malaysia atau Field Insentif Malaysia (FYP) . Ia bermaksud juga Cabaran Bulanan bagi pangkat Supervisor baru. Juga boleh dikatakan satu program extra bonus untuk mereka yang dapat capai insentif ini.

Program ini akan ada banyak keistimewaan bagi semua ahli baru yang konsisten mencapai rank baru bermula dari pangkat Supervisor. Ini untuk memastikan sebuah kumpulan yang kukuh. Jom saya terangkan satu persatu. Semoga anda yang membacanya akan lebih faham dan bersemangat untuk mencapai keistimewaan yang telah di sediakan ini.


Keistimewaan Program Insentif Shaklee Malaysia 

Program ini diwujudkan adalah untuk membina asas konsisten dalam sebuah perniagaan yang kukuh dalam bulatan yang baru. Sama-sama membantu pemimpin perniagaan yang teratas untuk membina semula perniagaan agar menjadi lebih kukuh dan bertahan lama di bawah satu kumpulan perniagaan. 

Untuk mencapai keistimewaan ini, perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee Malaysia. Baca sehingga habis untuk anda tahu kelayakan anda sendiri bagi mendapatkan bonus tambahan RM600.


Cara Nak Dapatkan Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Bermula April 2023 hingga Jun 2023 di dalam Program Insentif Shaklee, anda yang dapat kekal efektif dengan pangkat baru iaitu Supervisor dan Senior Supervisor secara automatik layak dapat bonus tambahan RM600 yang Shaklee dah sediakan dalam program baru ni. 

Jika tak boleh naik pangkat dalam bulan April 2023, anda masih boleh naik pangkat pada bulan Mei 2023. Jika tak boleh naik pangkat juga dalam bulan tersebut, peluang terakhir anda perlu capai rank baru adalah pada bulan Jun 2023. 

Jika anda dah layak capai rank baru Supervisor pada bulan April, Mei dan Jun 2023 tiga bulan berturut-turut maka dengan itu reward duit tunai RM600 akan anda terima pada bulan Ogos 2023. 

Sangat mudah kan nak dapat bonus tunai RM600 dari shaklee. Anggaran jualan pada bulan pertama RM11 ribu untuk dapatkan 21%. Oleh sebab itulah program ni juga membawa kita untuk bangkit dalam sebuah kumpulan perniagaan yang besar, kukuh dan bertahan lama. 


3 Kategori Program Insentif Shaklee Malaysia 

Kategori Yang Pertama

Pada cycle April 2022 hingga Mac 2023 anda masih bergelar pengedar iaitu belum mencapai pangkat Supervisor atau belum pernah mencapai bonus Shaklee 21%. Anda layak dapat reward dari program ni jika anda dapat naik rank Supervisor yang bermula April 2023 hingga Jun 2023 ini selama 3 bulan berturut-turut kekal efektif.

Kategori Yang Kedua Dan Ketiga

Terbuka kepada yang dah naik pangkat Supervisor dan Senior Supervisor pada April 2022 hingga Mac 2023. Maka dengan ini anda layak untuk dapatkan reward dalam Program Insentif Shaklee Malaysia ini.


Kiraan Kategori Pertama Bagi Kenaikan Pangkat Baru Untuk Layak Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Lihat dalam gambar di bawah. Perhatikan dan fahami betul-betul. Program ini khas untuk anda yang belum pernah naik pangkat dalam Shaklee sama ada ahli baru atau ahli lama. Peluang anda terbuka luas dengan kenaikan pangkat baru dan kekal efektif 3 bulan berturut-turut. 




Kiraan Kategori Kedua Untuk Layak Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Untuk kategori kedua khas untuk yang dah berada pangkat Supervisor atau Senior Supervisor tapi mereka tak efektif langsung di antara bulan Januari/2023 hingga Mac/2023 bermakna mereka pengedar sahaja. Untuk kategori ini mereka mesti bermula dari pangkat tertinggi sama ada Supervisor atau Senior Supervisor dari Januari/2023 hingga Mac/2023. Perhatikan kiraan dalam gambar di bawah:




Kiraan Kategori Ketiga Untuk Layak Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Untuk kategori ketiga pula adalah untuk mereka yang pernah efektif sekurang-kurangnya 1 bulan di antara bulan Januari hingga Mac 2023 pada pangkat Supervisor atau Senior Supervisor. Untuk dapatkan bonus tambahan RM600, mereka perlu efektif dan perlu naik pangkat baru di antara bulan April 2023 sehingga Ogos 2023. Perhatikan betul-betul kiraan dalam gambar di bawah. Untuk kategori ketiga ni kerana ianya agak rumit. 





Syarat Yang Perlu Dipatuhi.

Bagi melayakan lagi anda dapat RM600, syarat ini perlu anda patuhi:
Setelah mencapai kelayakan disetiap kategori anda tidak boleh melanggar PNR yang telah pun Shaklee Malaysia tetapkan. Antaranya adalah seperti berikut:
  1. Penyata hak-hak dan tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2 menjadi seoran para Pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.
  2. Tidak boleh menjual shaklee di laman e-dagang 
Jika anda melanggar mana-mana P&R Shaklee, penarikan balik kelayakan untuk bonus tambahan akan dibuat dari pihak Shaklee tanpa sebarang kompromi.. Lihat pada gambar di bawah ini.



Ganjaran Bagi Yang Konsisten Dalam Pangkat shaklee. Bagaimana cara untuk dapatkan ganjaran?

1. Shaklee Regional Incentive Trip 2023 Seoul, Korea
2. Shaklee International Incentive Trip 2023 Global Conference, Los Angeles, USA
  1. Naik pangkat baru bermula April, Mei dan Jun/2023.
  2. Kekal efektif pada pangkat baru 2 bulan berturut-turut.
  3. Akan layak dapat tambahan 10 mata untuk setiap bulan berturut-turut. Maksimum 20 mata tambahan.
  4. Seterusnya jika anda terus konsisten dan mencapai pangkat baru sehingga Master Coordinator, tak mustahil nama anda layak masuk ke Trip Percuma Shaklee.






Jom kembalikan semula kumpulan perniagaan anda menjadi lebih besar dan kukuh. Di mana semua ahli di dalam kumpulan bergerak aktif dalam bisnes Shaklee. Di Shaklee tidak pernah memilih bulu antara pangkat di bawah dan yang paling atas. Ini kerana Shaklee nak semua rasa kenikmatan dan kejayaan SIAPA BUAT DIA DAPAT bukannya menumpang atas kejayaan orang lain. Jom Buat Bisnes Online Shaklee. Dapatkan lebih info lagi tentang Program Intensif Shaklee


Klik sini untuk Daftar Keahlian
Klik sini untuk berborak dengan saya Kak Shida Rahmat

#shakleethrive2023
#projekblogmega
#pengedarshakleeaktif
#shakleejohor
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Post a Comment

0 Comments