Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.
1. Sinaran UV Daripada Matahari
Punca jeragat di muka yang utama adalah disebabkan sinaran UV daripada matahari. Sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit.
Mengikut kajian antarabangsa, sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang. Majoriti wanita mendapat jeragat hasil daripada terdedah kepada lampu kalimantang di pejabat dan rumah.
Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.
Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.
3. Alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah
Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva dan uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit dan memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.
Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Percemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.
Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat
Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan menggangu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.
Jika anda mengalami tekanan perasaan, jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian dalam kadar segera. Dapatkan bantuan.
Tekanan perasaan bukan sahaja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial, dan dalam kes yang serius boleh meragut nyawa.
Hilangkan Jeragat Dengan Shaklee
Di dalam Gla Complex mengandungi vitamin E yang asli. Ia mengandungi kombinasi minyak borage. Ianya kaya dgn asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Bantu betulkan hormon yang bermasalah. Diantara faktor mengapa jeragat sukar untuk dihapuskan adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang. Ia membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron. Apabila hormon kita stabil, kulit kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Bermula dari situ, kita dapat melihat jeragat akan mulai pudar dan lama-kelamaan hilang.
ESP Soy Protein Shaklee
Secara ringkasnya ESP adalah protein, yang mana protein adalah asas kepada sel.
Protein bertindak membina sel yang sihat/'repair' sel-sel badan yang rosak. Jika sel mendapat makanan yang cukup, kulit akan terhasil cantik dan sihat.
Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.
0 Comments