Kenapa Saya Nak Sertai Projek Blog Mega shaklee 2.0



Teruja nak sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0. Entri kali ini saya nak kongsikan sebab-sebab saya nak sertai projek ini.

Kenapa Saya Nak Sertai Projek Blog Mega shaklee 2.0.

Sebab utama saya nak sertai ialah saya tengok dalam page FB projek ini banyak adakan kelas terperinci macam mana nak menulis blog berdasarkan keywod yang betul.

Saya percaya dengan penulisan blog yang betul dapat meningkatkan carian di google. Setiap hari memang akan ada yang akan mencari maklumat tentang kesihatan. Saya sendiri akui tak semua dari kita yang sanggup pergi klinik untuk tanya pakar kesihatan apa yang kita rasa. Dalam pada masa yang sama takut nak pergi hospital.

Projek ni telah bermula sebenarnya tetapi pada masa itu saya terikat dengan travel ke vietnam dan urusan keluarga. Bila saya buka facebook saya nampak notification projek ini. Saya pun terus klik dan baca rupanya ada peluang kedua untuk sertai projek ini. 

Saya rasa dengan sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ni, saya akan lebih fokus pada blog. Saya percayai mereka otai-otai dalam projek ni boleh membantu saya berubah dari menulis blog merapu kepada yang betul ke arah tujuan carian google yang dikehendaki.

Selain, bila saya klik form yang diisi oleh perserta ada juga disediaksn hadiah menarik seperti vivix. Hadiah yang diberikan juga sangat berguna untuk diri sendiri. Ini juga antara sebab juga saya teruja nak sertai projek inu. Kalau dah rezeki tak kemana. Betul kan? 

Saya betul-betul berharap dengan penyertaan saya ini ke dalam Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini akan dapat membentuk saya kepada seorang bloger yang berwibawa dengan bimbingan master-master dan kawan-kawan di dalam projek ini.

Saya betul berharap dapat diterima masuk dalam komuniti ini kerana saya nak lebih mendalami ilmu kesihatan yang berkaitan dengan semua produk Shaklee disamping belajar cara yang betul menulis blog dengan mengunakan keyword yang betul. Di mana sebelum ni saya cuba tetapi hasilnya kurang memuaskan hati.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment

0 Comments