Cara Minum Esp Untuk Cepat Turunkan Berat Badan



Ramai yang tanya cara minum Esp yang betul. Nah!! dah tiba masanya saya kongsikan cara minum Esp yang paling tepat. Sepatutnya dulu lagi tapi saya yang tak berkesempatan nak buat entri. Hehehe.

Cara Minum Esp Untuk Cepat Turunkan Berat Badan

Pertama sekali mesti kena ada ESP SHAKLEE tau. 
Untuk yang nak turunkan berat badan wajib ambil sebelum makan.
Bancuh dan shake siap-siap sebelum kita makan. Esp wajib ambil waktu pagi iaitu sebelum sarapan. Metabolisme akan meningkat jika di ambil waktu pagi. Sebab itu lah kena ambil sebelum sarapan dan sebelum pukul 10 pagi.

Kalau saya sendiri suka bancuh Esp dengan oat untuk buat saya lagi kenyang sebelum makan. Saya akan pastikan saya minum esp dalam kuantiti 800ml dan ke atas. Kuantiti yang banyak akan buat saya lebih kenyang.

Secara automatik kalau ada yang perasan bila kita kenyang dengan protien apabila nak mulakan makan sarapan secara tiba-tiba pasti kita akan terhenti sebab dah kenyang. Pada masa itu signal dan metabolisme anda telah naik. 

Untuk kukuhkan fakta Esp itu sendiri menyediakan protein tinggi yang boleh menyekat hormon ‘ghrelin’ yang merangsang nafsu kelaparan dan meningkatkan tahap ‘cholecystokinin’ (CCK), iaitu suatu penahan selera yang mengisyaratkan otak untuk menghasilkan rasa kenyang atau puas.

Juga kita perlu minum banyak air kosong agar proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik disamping bersenam paling tidak pun berjalan. Bancuhan Esp akan menjadi lebih sedap juga jika di campur dengan.
  • Susu segar rendah lemak
  • Milo 
  • Holick
  • Coklat 
  • Buah-buahan 
  • Jus 
  • Nestum 

Pantang yang perlu dijauhkan ialah jangan bancuh Esp dengan air panas kerana air panas akan merosakkan zat-zat nutrisi di dalam Esp. Jadi bancuh esp ni boleh dengan air suam atau sejuk ok. Untuk pelbagai resepi Esp yang menarik dan sedap. Anda boleh  klik di sini dan juga di sini


Info sukatan Esp.

Menurut pakar pemakanan sukatan protien yang lebih tepat adalah 1 gram bersamaan berapa berat badan anda. Dianggarkan lebih kurang 6 sudu makan untuk 75 kg atau 2 scoop penuh yang digunakan untuk Cinch Shake Shaklee.
Protien yang cukup di dalam badan adalah membawa kepada potensi yang besar untuk kita kenyang lebih lama. 





Kelebihan Esp Untuk Cepat Turunkan Berat Badan

1) Protein di dalam Esp mempunyai sifat termogenik yang menyebabkan badan membakar lebih banyak kalori. 
2) Protein di dalam Esp turut menyokong untuk membina jisim otot pejal yang penting untuk mereka yang sedang berdiet serta dapat menurunkan berat badan.
3) Asid-asid amino di dalam Esp memberi isyarat kepada otot 
untuk membaiki struktur dan kekuatannya, akhirnya memberikan tenaga untuk membakar kalori dan lemak.
4) Protein di dalam Esp turut meningkatkan jisim otot pejal, merangsangkan pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan yo-yo akibat daripada diet yang melampau!





Testimoni Saya 

Saya kenal Shaklee bermula dengan Esp. Pada masa itu saya nak puasa ganti banyak sebab saya melahirkan anak keempat saya dalam bulan puasa. Sebelum beli Esp saya ya google dulu segalanya tentang Esp. Nampaknya pilihan saya memang betul-betul tepat. 

Minum Esp waktu nak sahur 500ml dengan air suam saja tak guna air sejuk dan tak campur apa-apa pun. Pelik tau, anak menyusu macam biasa tak merengik, tak menangis pun sampai ke petang. Tenaga saya pulak macam orang tak puasa. Padahal anak full suau badan. Saya puasa tanpa cuti sampai lah puasa ganti habis. Arghhhh leganya waktu tu.

Esp memang buat kita kenyang sebab mind set kita juga tau. Sebenarnya juga bila badan kita tak.cukup air automatik mind set kita hantar signal ke nafsu lapar. So kita pun makan padahal badan lebih perlukan air waktu tu.




Baca juga ..

Esp Minuman Pemberi Tenaga
7 Kelebihan Esp
Harga Esp Shaklee
Resepi Baru Esp


Klik gambar ini untuk info detail


Post a Comment

0 Comments