5 Jenis Menu Sahur Pasti Kenyang Lebih Lama



Setiap kali bulan Ramadhan kebiasaannya para ibu lah yang paling sebuk, lebih-lebih lagi nak cari idea menu sahur sihat setiap pagi. Ada sesetengah orang bangun awal untuk sediakan makanan sahur dan ada yang memilih sediakan menu sahur sebelum tidur. Jom saya kongsikan 5 Jenis Menu Sahur Pasti Kenyang Lebih Lama.
5 Jenis Menu Sahur Pasti Kenyang Lebih Lama
ROTI WHOLEMEAL
Roti Wholemeal lagi bagus dari roti putih biasa. Sebab apa? makan makanan yang mengandungi bijian penuh seperti roti wholemeal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser, penyakit kencing manis (diabetes) dan asma.
Roti gandum atau wholemeal adalah roti yang diperbuat daripada bijirin yang dikisar halus, iaitu bahagian yang dipanggil bran, endosperma, dan benih(germa). Bahagian ini yang membolehkan roti ini mengekalkan kebanyakan serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya. Oleh sebab iru lah roti ini adalah antara pilihan masuk dalam menu sahu.
Roti wholemeal mengandungi lebih banyak nutrien berbanding roti putih. Roti wholemeal boleh dikategorikan sebagai sumber kepada karbohidrat penuh. Roti yang mampu buat kita lebih kenyang.


ROLLED OAT
Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Proses ini dapat membantu untuk menstabilkan kadar minyak sihat di dalam bijirin oat tersebut dan memanjangkan tempoh hayat oat untuk simpanan.
Secara nutrisinya, rolled oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lamaTempoh memasak rolled oat adalah 10 minit di atas dapur dan 3-5 minit jika menggunakan ketuhar.

Anda boleh memilih untuk mendapatkan rolled oat biasa ataupun yang bersifat organik. Sudah pastinya menu sahur ni sangat ringkas, kenyang dan sihat di samping dapat menghindarkan kolesterol dalam badan.




PASTA DAN MAKARONI

Untuk pasta pula, walaupun kandungan kalorinya 20% lebih tinggi dari nasi, tapi ia mempunyai 67% kandungan protein yang lebih tinggi berbanding nasi. Malah yang menariknya, salah satu kebaikan pasta ni adalah ianya sangat mudah untuk dimasak. 

Ramai yang memilih pasta sebagai pilihan bagi seseorang yang sedang menurunkan berat badan. Hal ini disokong oleh sifat karbohidrat yang memberikan kesan rasa kenyang lebih lama serta kandungan serat dan protein pada ubat yang melambatkan rasa lapar datang lebih cepat.

Rata-rata kandungan serat pada pasta ± 3 gram / 100 gram pasta kering, dan menyumbang kira-kira 12% keperluan serat harian. Untuk protein, sebanyak 28% keperluan harian protein boleh diperolehi dari pasta dengan jumlah 14 gram / 100 gram pasta kering.

Kandungan vitamin dan mineral yang dari tepung gandum (semolina) sebagai bahan dasar pembuat pasta dan makaroni, memberi manfaat bagi kesihatan. Vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, zat besi, seng, kalium, tembaga, dsb berperanan dalam pelbagai fungsi organ seperti kesihatan pencernaan, pertumbuhan tulang, sistem kekebalan tubuh.




TELUR HANCUR DAN ROTI BAKAR

Ini adalah hidangan paling ringkas yang anda boleh sediakan dengan cepat. Sebiji telur mengandungi kalori yang sangat rendah iaitu hanya 78 kalori. Ia juga rendah karbohidrat yang menjadikan ia diet yang baik untuk diet kalori dan diet karbohidrat. 

Ia juga merupakan sumber protein yang baik akan tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lemak kerana ia sedikit tinggi iaitu 5 gram bagi sebiji telur ayam bersaiz besar. Oleh itu, anda tidak digalakkan memakan telur lebih daripada tiga biji sehari.

Bagi hidangan telur hancur atau scrambled eggs, nilai kalorinya akan sedikit bertambah iaitu sekitar 107 kalori, 1 gram karbohidrat, 7 gram protein, 8 gram lemak, 3 gram lemak tepu dan 192 miligram kolestrol. Untuk lebih kenyang, anda boleh tambahkan sekeping roti bakar yang disapu sedikit marjerin dan salad sampingan.





PROTIEN SHAKE

Menu sahur yang terakhir sudah pastinya protien Shaklee yang terdapat juga di Set Puasa ShakleeMulakan menu sahur anda ESP dan Cinch Shake untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.1 skup ESP + 2 skup Cinch Shake. 

Ambil Cinch Shake sebagai pengganti makanan berkhasiat yang dikuasakan dengan Leusina untuk sentiasa bertenaga dan menyokong kesihatan sistem penghadaman. Performance Drink untuk menghilangkan dahaga dan kekal terhidrat.

Buat perancangan menu Sahur lebih awal. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan supaya anda boleh berbelanja dengan hemat dan dapat mengelakkan pembaziran makanan.






Makan bukan untuk kenyang semata-mata tetapi perlulah makan untuk lebih kepada memberi fungsi kepada tubuh badan supaya sihat dan bertenaga. Tunggu apa lagi kawan-kawan saya sendiri sangat rekemen jika menu sahur anda di bulan Ramadan ni ada Set Puasa Shaklee

Boleh juga baca info banyak lagi info tentang puasa di sini
Cara Minum Esp
Tips Kurus Sebelum Rays
Cara Minum Cinch Shake


Post a Comment

0 Comments