5 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan


Perlu awasi diri sendiri. Perhatikan jika 5 tanda ini sudah mula ada kerana ini adalah Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan.


APA ITU KOLESTEROL?

Setiap individu mempunyai kolesterol iaitu lipid berwarna putih kekuningan atau lemak yang berada pada setiap sel tubuh.

Ia berperanan memastikan sel dan organ berfungsi dengan baik. Kolesterol turut memainkan peranan utama dalam pengeluaran hormon, vitamin dan pencernaan.

Kolesterol terhasil daripada 2 sumber.
  1. 80% secara semula jadi oleh hati dan usus
  2. 20% daripada diet pemakanan harian



5 TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN.

1. FAKTOR GENETIK@KETURUNAN

Juga dikenali sebagai hiperkolesterolemia keluarga iaitu familial hypercholesterolemia (FH). Individu dengan FH dilahirkan dengan kolesterol tinggi kerana tubuh mereka tidak dapat memproses LDL dengan betul.

FH adalah salah satu penyakit yang diwarisi paling biasa, dialami 1 daripada 220 individu dewasa. Individu dengan FH mempunyai risiko penyakit jantung 13x ganda lebih tinggi.


2. PERUBAHAN FIZIKAL

Bagi sesetengah individu, tanda-tanda kolestrol tinggi dapat dilihat dengan kehadiran benjolan kuning pada kulit sekitar kelopak mata mereka.

Deposit lemak yang rata dan kekuningan ini disebut sebagai xanthelasma. Biasanya ia tidak menjejaskan penglihatan atau mempengaruhi kemampuan mata untuk berkedip.

Kolesterol yang tinggi ini juga boleh menjadi benjolan pada kulit sekitar bahagian siku, lutut atau kaki – dikenali sebagai xanthomas.

Xanthomas tidak menyakitkan tetapi boleh menyebabkan wujudnya benjolan kecil sebesar jarum hinggalah buah anggur.


3. KOMPLIKASI JANTUNG -Penyakit arteri koronari

Gejala penyakit jantung mungkin berbeza pada lelaki dan wanita. Simptom paling biasa:
  1. Sakit dada (angina)
  2. Loya
  3. Keletihan melampau
  4. Sesak nafas
  5. Sakit pada leher, rahang, perut atas atau belakang
  6. Kebas atau kesejukan di hujung kaki


4. SERANGAN JANTUNG

Ini terjadi apabila kolesterol berkumpul di arteri dan menyekat aliran darah.
Antara gejalanya:
  1. Kesakitan atau ketidakselesaan di dada, lengan, atau bahu
  2. Pening atau sakit kepala
  3. Lemah badan atau keletihan melampau
  4. Berpeluh sejuk
  5. Sesak nafas atau sukar bernafas
  6. Kegelisahan
  7. Loya, ketidakselesaan perut atau pedih ulu hati


5. PENYAKIT ARTERI PERIFERAL

Ia berlaku apabila pengumpulan kolesterol menghalang darah masuk ke buah pinggang, perut dan anggota badan lain.
Beberapa gejala yang perlu diperhatikan:
  1. Lenguh kaki
  2. Sakit atau kekejangan di kaki
  3. Perubahan warna kulit atau bulu kaki
  4. Sensasi terbakar atau warna kebiruan di jari kaki
  5. Kuku kaki menebal
  6. Sebelah kaki terasa lebih sejuk
  7. Luka di kaki tidak atau lambat sembuh
  8. Strok - Pengumpulan kolesterol menghalang aliran darah masuk ke otak boleh menyebabkan angin ahmar.


GEJALA YANG BOLEH MUNCUL SECARA TIBA-TIBA 
  1. Hilang kawalan pada wajah, lengan atau kaki (biasanya pada sebelah sisi tubuh)
  2. Kesukaran bercakap
  3. Masalah penglihatan
  4. Kekeliruan
  5. Pening
  6. Kesukaran berjalan, kehilangan keseimbangan dan koordinasi
  7. Sakit kepala yang sangat teruk


CARA MENGHINDARI KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN.

  1. Tanda-tanda ini sukar untuk dikenal pasti pada peringkat awal, oleh itu amalan gaya hidup seimbang amat penting!
  2. Berhenti merokok dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik.
  3. Sasarkan untuk mendapat berat badan seimbang antara indeks jisim badan (BMI) 18.5 hingga 22.9.
  4. Makan secara sihat, bersenam dan pantau tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh melalui pemeriksaan doktor secara berkala.



KLIK SINI UNTUK INFO BERKAITAN


Untuk Pertanyaan dan Order 👇

Kenali Kak Shida di sini 👇

Post a Comment

0 Comments