Testimoni Shakleekids



Nutrisi yang baik sangat penting untuk kanak-kanak kerana tubuh badan mereka sedang membina asas untuk kehidupan dewasa yang sihat. Dengarkan apa kata ibu bapa yang telah berjaya dengan 
Shakleekids Complete Solution.

TESTIMONI MEAL SHAKES 

Sebagai ibu berkerjaya yang sibuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga serta mempunyai anak-anak 
yang cerewet makan dan terpaksa membuat perancangan sajian yang rapi untuk mereka setiap hari sangat 
memenatkan. 

Namun, saya menjumpai jalan keluar apabila saya menyertai Shaklee pada April 2020. Saya sangat gembira dan membeli Meal Shakes untuk anak-anak saya 
mencubanya. Dengan pengambilan yang konsisten selama sebulan sahaja, kami sudah menikmati Shaklee Effect 
kami. 

Kami melihat selera makan mereka beransur-ansur meningkat, daripada cuma menghabiskan suku pinggan kepada setengah pinggan. Anak-anak juga mula 
meneroka pelbagai jenis makanan. 

Meal Shakes membekalkan serat makanan, protein, kalsium, dan zink bagi membantu memberikan nutrisi yang 
diperlukan oleh tubuh badan yang sedang membesar. Sememangnya itulah yang ibu harapkan!


Kenny Teo Wei Sian & 
Jessica Wee Tze Chia
Kota Samarahan, Sarawak


TESTIMONI HERO KIDDO 

Pastil yang menarik dan lazat, padat dengan vitamin C dan D, zink, serta ekstrak Elderberi yang menyokong kesihatan 
ini sangat bagus. Selain itu, ia juga tidak mengandungi perisa, pemanis tiruan dan bahan pengawet. 

Anak-anak saya memang sangat gemarkan Hero Kiddo, saya juga sama! Alhamdulillah, pengambilan Hero Kiddo membantu sistem pertahanan kami berada dalam keadaan yang baik. 
Kami sangat sukakan pastil beruang dari Shaklee ini!


Aliya Alfa
Kedah


TESTIMONI VITA-LEA KIDS FOR CHILDREN

Sebagai ibu, saya bimbang melihat anak 
saya yang kekurangan berat badan dan saiz badannya juga lebih kecil berbanding rakan-rakan sebayanya. Jadi, saya mula memberikan dia Vita-Lea For Children. 

Alhamdulillah, dari semasa ke semasa, saya nampak selera dan berat badan anak saya mula bertambah. Satu lagi kesan positif yang saya perasan ialah 
pencernaannya juga bertambah baik. Sayalah ibu yang paling gembira apabila si manja saya semakin cergas dan bertenaga!


Siti Naila binti Mohd Ali
Bachok, Kelantan









Post a Comment

0 Comments