21 Manfaat Daun Pandan Yang Perlu Diketahui


Ramai yang tak kenal daun pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Tapi sekarang orang bandar pun dah tanam pandan dalam pasu.

Banyak kegunaan daun panda selain sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya.. Daun pandan ini banyak juga khasiat kepada kesihatan. Saya kongsikan untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan.


KHASIAT DAUN PANDAN

1- Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.


2- Mengubati lemah saraf
Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.


3- Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki.

Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.



4- Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.


5- Mencuci alat kelamin wanita.
Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.


6- Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.


7- Menghilangkan bau badan
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.


8- Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


9- Menurunkan Kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.


10- Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.


11- Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.


12- Buka selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.


13- Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.


14- Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.


15- Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


16- Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.



17- Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.


18- Merawat susah tidur
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.


19- Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.



20- Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam.


21- Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Semoga Bermanfaat Untuk Semua.



Jika nak beli shaklee jangan lupa saya.
TRUSTED SELLER 
Untuk Join Ahli Klik Di sini
Dapatkan Harga Ahli Yang Murah Klik Di sini

Post a Comment

8 Comments

flizzy86 said…
nice sharing kak! erm,dulu-dulu suka la gunting daun pandan tu buat pewangi dalam bilik
Ziana Eunos said…
Sharing menarik kak
Banyak manfaat daun pandan ni rupanya
Mrs Pip said…
Suka masak nasi letak daun pandan.
Harum jer nasi tu ...
Maria Firdz said…
Pewangi alami tu ye dah... Kami memang pernah buat pewangi kereta guna daun pandan... Memang natural bebas bahan kimia.... Segar je bau kereta...
wah banyaknya saya dapat tahu tentang daun pandan, hanya beberapa sahaja yang selalu saya gunakan dirumah sebelum ini. terima kasih diatas info yang dikongsikan
Atul Hamid said…
MasyaAllah banyak betul khasiat daun pandan ni. Bagus betul.
仙妮 said…
Ohh I always love panda leaf when I'm cooking dessert for it's nice fragrance & natural green colour, now learnt more here. Cheers Siennylovesdrawing
netty ah hiyer said…
Saya suka daun pandan ni.. wangi je. Tak tahu pula boleh jadi ikhtiar rawat gout.. nanti nak try buatkan untuk suami. Tq tipnya.