10 Soalan Lazim ResV Shaklee



10 Soalan Lazim ResV Shaklee


1) Apa beza ResV dan Vivix?

Melalui penyelidikan yang dijalankan selama bertahun-tahun, pihak Shaklee mendapati polifenol tertentu mungkin mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sel. Shaklee telah mencipta campuran polifenol dari sumber semula jadi yang lebih seimbang dengan kepelbagaian polifenol yang menyerupai polifenol berspektrum luas daripada alam semula jadi. 

Sebagai tambahan kepada polifenol berkuasa dari anggur muscadine, ResV kini mengandungi polifenol dari delima, ekstrak anggur merah, chebulic myrobalan dan banyak lagi. Berdasarkan data daripada kajian ke atas polifenol dan ResVeratrol, Shaklee telah menambahbaik keseimbangan ResVeratrol dan polifenol untuk menghasilkan profil polifenol yang lebih aktif lebih berkuasa.



2) Bagaimana ResV 30% lebih baik dari Vivix?

Spektrum polifenol sudah berubah daripada Vivix dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga dipertingkatkan. Dalam satu kajian makmal, formulasi ResV menunjukkan 30% lebih berkuasa dalam merencatkan pembentukan protein AGE berbanding Vivix. 

Perbezaan kuasa ini yang dikesan melalui esei AGE berlaku kerana terdapat perubahan pada spektrum polifenol kerana perbandingan saksama dibuat ke atas penghantaran polifenol. Buktinya kini masih dalam ujian.


3) Apa beza Anngur Muscadine dengan anggur lain?

Anggur Muscadine merupakan anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, ia menghasilkan antioksidan yang berkuasa. 

Anggur muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya. Profil unik polifenolnya memberi perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.



4) Berapa banyak perlu ambil ResV sehari?

Dos yang disarankan ialah 2 kapsul sehari.


5) Adakah ResV perlu disimpan dalam peti sejuk?

ResV tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Tapi anda boleh menyimpannya dalam suhu di bawah 30⁰C dan terlindung daripada cahaya dan kelembapan untuk mengekalkan kesegaran serta aktiviti polifenol optimum dalam ResV.


6) Siapa dapat manfaat ResV?

ResV direka untuk semua orang yang ingin hidup sihat dan sejahtera serta mereka yang sentiasa sibuk. Anda boleh bawa dan ambil ResV ke mana saja, pada bila-bila masa. Tetapi ResV tidak disarankan untuk wanita hamil atau menyusukan anak atau individu di bawah umur 18 tahun.



7) Bila perlu ambil Vivix dan ResV jika ambil bersama?

Vivix boleh diambil setiap hari. Sebaiknya dengan makanan pada waktu pagi sebagai perlindungan untuk anda menjalani kehidupan seharian dan ambil ResV pula ambil pada waktu malam sebagai pemulihan ketika tidur bagi menyokong pemulihan tubuh badan.


8) Berapa lama ResV boleh tahan?

ResV mempunyai jangka hayat 24 bulan daripada tarikh pengeluaran.


9) Langkah berjaga-jaga untuk ResV?

Tidak ada interaksi yang diketahui antara ResV atau mana-mana ramuannya dengan makanan tambahan lain. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, disyorkan agar individu yang berada di bawah jagaan doktor, mempunyai masalah kesihatan serta penyakit atau yang mengambil ubat preskripsi, terutama ubat cair darah supaya berbincang mengenai penggunaan ResV dengan pihak doktor mereka terlebih dahulu.


10) Halalkah ResV?

Ya. ResV diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), sebuah badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Mallyyykk

Info berkaitan di sini 


Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah ikan produk tradisional.

Post a Comment

0 Comments