Tubuh Kita Perlukan Protien | Shida Rahmat


Protein adalah seperti blok binaan tubuh 
anda, sama seperti batu bata rumah anda. 
Binalah asas kepada tubuh yang sihat 
dengan memberikan orang yang tersayang, 
sumber protein terbaik untuk fungsi tubuh 
yang optima kerana dengan sumber yang 
betul, keluarga anda akan lebih sihat dan 
bahagia. Kebahagiaan mereka adalah kebahagian anda juga.



Pertumbuhan Dan Pembesaran
Nutrien penting terutamanya pada peringkat kanak-
kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu 
membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi 
tubuh optimum termasuk rambut yang berkilau, 
kulit lebih lembut dan kuku yang kuat. Protein dan 
komponen asid aminonya juga berfungsi sebagai 
hormon, enzim dan pengangkut nutrien yang lain.


Tenaga Berkekalan
Minuman Tenaga dan berkafein hanya mampu 
memberi kesan sementara. Walau bagaimanapun, 
pengambilan protein yang mencukupi boleh 
membantu anda mengekalkan tenaga kerena 
ia mengambil masa yang lama untuk dihadam, 
sekaligus memberikan sumber tenaga yang 
berkekalan agar anda mampu untuk melakukan 
pelbagai tugasan dan kekal cergas setiap sehari.


Kesihatan Tulang 
Selain kalsium, terdapat pelbagai lagi nutrien lain yang 
penting untuk kesihatan tulang, termasuklah protein. 
Pelbagai penemuan mencadangkan pengambilan protein 
yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan kepadatan 
tulang, tinggi kepadatan tulang dan mengurangkan 
risiko patah tulang. Dalam kajian terbaru, peningkatan 
pengambilan protein, terutamanya apabila diambil bersama 
kalsium dan vitamin D dalam diet, boleh mengurangkan 
kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.


Pengurusan Berat Badan 
Diet tinggi protein boleh mengurangkan berat 
berbanding diet rendah dengan protein kerana 
peranannya dalam mengekalkan rasa kenyang. 
Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat yang 
sihat dan pengekalan berat badan tersebut boleh 
membantu memajangkan jangka hayat hidup anda.


Kesihatan Otot
Kemerosotan jisim otot berlaku akibat penuaan usia dan 
ia terjadi tanpa kita sedari kerana ia sering disalah anggap 
dengan peningkatan lemak dalam badan. Ini boleh 
menyebabkan kemerosostan otot yang kronik dikalangan 
warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun, apatah 
lagi pada yang berumur 80 tahun. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.


Kesihatan Jantung
Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan 
rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan 
sayuran mempunyai 30% lebih rendah risiko 
terhadap penyakit Jantung berbanding mereka yang 
makan makanan tinggi karbohidrat, diet rendah 
lemak. Walaubagaimanapun, menambahkan protein 
sayuran di dalam diet dapat mengurangkan masalah 
kesihatan jangtung serta membantu mengekalkan 
dan meningkatkan fungsinya.


Kesimpulannya ialah semua dari kita tak kira usia sedari kecil hingga dewasa sememangnya memerlukan protien untuk tubuh badan. Dengan protien yang cukup akan melengkapkan lagi nutrisi dalam badan.

Jadi, sekiranya anda mahukan cara pengambilan yang benar-benar bermanfaat untuk seisi keluarga, maka vitamin Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

Untuk Pertanyaan dan Order 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 
KAK SHIDA N TEAM INDAH LEGACY


Post a Comment

0 Comments