Ketahui 7 Punca Resdung Dan Cara Atasinya


Ketahui 7 Punca Resdung Dan Cara Atasinya
1. Perubahan Cuaca
  • Suasana sejuk pagi atau malam. Faktor persekitaran seperti perubahan suhu secara ekstrem. Simptom alahan cuaca sejuk mahupun panas boleh terjadi ketika cuaca bertukar ataupun suhu meningkat atau menurun secara mendadak.

2. Tidur dalam bilik berhawa dingin.
  • Terlalu banyak atau terlalu sikit kelembapan juga dapat memberi kesan terhadap apa yang anda rasa. Udara yang lembap menyebabkan melekit dan suhu di dalam rumah menjadi lebih panas dari kebiasaannya. 
  • Anda mungkin akan berasa lebih selesa apabila menjadikan alat pennyaman udara berfungsi lebih masa, namun kelembapan dapat menggalakkan pertumbuhan kulat dan bakteria yang akan menyebabkan alahan.
  • Jangan sekali-kali lupa bahwa kulat juga mampu menjadi salah satu pencemaran di dalam sistem penyaman udara yang mungkin akan mencetuskan kepada jangkitan toksin. 
  • Jika ada ahli keluarga yang amat sensitif terhadap kulat, ini dapat mencetuskan reaksi alahan atau alergik yang serius.

3. Hama 
  • Hama merupakan sejenis serangga kecil yang tinggal di bahagian tilam, karpet, sofa, dan bantal. Haiwan ini selalunya makan sel-sel kulit mati manusia yang tertinggal pada perabot-perabot tersebut.
  • Namun, resdung bukanlah berpunca daripada serangga itu sendiri. Sebaliknya, reaksi alergi berlaku disebabkan sejenis bahan kimia yang wujud di dalam tinja mereka.
  • Cara yang terbaik untuk menghapuskan hama di rumah adalah dengan membersihkan persekitaran rumah sekerap mungkin.

4. Debu atau habuk 
  • Ia merupakan bahan yang tidak mencetuskan sebarang bahaya kepada manusia yang normal.
  • Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alergik rhinitis, badan akan menganggap alergik tersebut sebagai sesuatu yang berbahaya.
  • Oleh sebab itu, badan akan mula merembeskan hormon yang dikenali dengan nama histamin.
  • Histamin akan menyebabkan lapisan mukosa pada kawasan hidung, mata dan tekak mengalami inflamasi dan gatal-gatal ketika ia berusaha untuk menyingkirkan aleegik tersebut.

5. Binatang berbulu 
  • Tidak dinafikan, ramai orang mengalami alahan terhadap haiwan seperti kucing dan anjing.
  • Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, reaksi alergi yang berlaku selalunya bukan berpunca daripada bulu haiwan tersebut, tetapi daripada cebisan kulit mati serta tinja mereka.
  • Tetapi, bukan kucing dan anjing sahaja yang menjadi punca resdung. Binatang lain seperti kuda, arnab, tikus mondok dan lembu juga boleh menyebabkan pesakit alergi mengalami tindak balas yang sama.

6. Seafood atau makanan jeruk 
  • goog_1032899805Alahan kepada makanan kebiasaanya disebabkan oleh jenis-jenis makanan seperti susu, soya, gandum, telur, ikan, kekacang dan kerang. Bagi pengidap resdung, adalah biasa bagi mereka untuk mengelakkan makanan sebegini dan pada masa yang sama terpaksa menahan keinginan untuk mencuba makanan ini.
  • Kesimpulannya, alahan kepada makanan boleh menyebabkan resdung. Setiap orang memiliki alahan kepada makanan yang berbeza. Mengenalpasti jenis makanan tersebut disarankan bagi menghindari resdung.

7. Karpet berbulu
  • Penggunaan karpet berbulu boleh merangkap habuk, malah susah dicuci menyebabkan karpet. Lebih-lebih lagi yang tebal kerana ia cenderung menjadi perangkap habuk. 
  • Guna vakum berbanding dengan penyapu. Hal Ini kerana, dengan menyapu akan menyebabkan habuk-habuk berterbangan. Berbanding dengan vakum yang terus disedut masuk dan disimpan di dalam vakum.




Post a Comment

0 Comments