Kebaikan B-Complex Shaklee Untuk Kecantikan Kulit


Ramai yang tak tahu vitamin B-Complex Shaklee atau nama panjang yang tertera di botol ialah B-COMPLEX PLUS WITH ASID FOLIC. Vitamin ini sangat penting untuk kulit. Nak tahu kebaikan setiap kandungan vitamin di dalamnya? Jom baca sampai habis.

INFO PENTING B-COMPLEX SHAKLEE

B-Complex Shaklee membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda dan melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup sesuai untuk tubuh yang sihat.


KANDUNGAN B-COMPLEX SHAKLEE

Vitamin B1
(Tiamin Mononitrat)
8.0 mg
Vitamin B2
(Riboflavin)
11.5 mg
Vitamin B3
(Niasiamida)
135.0 mg
Vitamin B6
(Piridoksin Hidroklorida)
13.5 mg
Asid Folik213.0 mcg
Vitamin B12
(Sinokobalamin)
50.0 mg
Biotin150.0 mcg
Asid Pantotenik
(Kalsium D-Pantotenat)
67.5 mg


1. KEBAIKAN Vitamin B1 (Tiamin Mononitrat) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Bertindak sebagai antioksidan yang boleh melancarkan peredaran darah.  Peredaran darah yang lancar akan membawa oksigen dan nutrien ke sel-sel badan termasuk kulit.  Hasilnya, sel-sel kulit akan terus tumbuh semula dan menjadikan kulit lebih muda dan sihat.




2. KEBAIKAN Vitamin B2 (Riboflavin) UNTUK KECANTIKAN KULIT

 Merupakan sejenis vitamin yang membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mencegah keradangan pada kulit yang berjerawat.  Kekurangan vitamin B2 dikaitkan dengan keradangan jerawat.  Selain itu, vitamin B2 berperanan dalam rembesan lendir dalam tisu kulit yang menjaga kulit tetap lembut.  Vitamin ini boleh mencegah masalah kulit, seperti ekzema dan dermatitis.




3. KEBAIKAN Vitamin B3 (Niasiamida) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Berperanan dalam membaiki lapisan atas kulit, lapisan epidermis dalam mengekalkan kelembapan.  Mampu menghalang pemindahan pigmen ke sel kulit supaya pembentukan bintik hitam dapat diminimumkan.


4. KEBAIKAN Vitamin B6 (Piridoksin Hidroklorida) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Dapat membantu pembentukan asid amino yang penting dalam mengekalkan halangan kulit yang sihat.



5. KEBAIKAN Vitamin B9 (Asid Folik) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Mengandungi antioksidan yang boleh menghalang pengumpulan radikal bebas.  Radikal bebas jika terkumpul secara berterusan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan pramatang.



6. KEBAIKAN Vitamin B12 (Sinokobalamin) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Fungsinya berperan mencegah kemerahan atau peradangan pada kulit melalui mekanisme menghambat pembentukan radikal bebas.



7. KEBAIKAN Vitamin H (Biotin) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Beberapa kajian melaporkan kekurangan biotin boleh menyebabkan masalah kulit dermatitis seborrheic.  Beberapa sumber mengatakan bahawa kekurangan biotin menjejaskan proses pemecahan lemak yang penting untuk kulit yang sihat.

Kekurangan biotin boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, termasuk ruam, jerawat, psoriasis, dermatitis, dan gatal-gatal secara keseluruhan.

Dalam hal ini, biotin memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf dan menjejaskan fungsi hormon.Jika kulit tidak dirawat dari dalam maka toksin akan terkumpul di seluruh sistem saraf dan muncul di permukaan kulit anda.  Ini adalah salah satu tanda terbesar bahawa anda mungkin kekurangan biotin atau vitamin B.



8. KEBAIKAN Asid Pantotenik (Kalsium D-Pantotenat) UNTUK KECANTIKAN KULIT

Asid pantothenik telah ditunjukkan untuk mengurangkan pembentukan minyak dan mengurangkan pembentukan jerawat.  Vitamin mempunyai kesan pelembab yang penting dalam mengekalkan penghalang kulit, menjadikan kulit berasa lebih anjal, sihat, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.




Kesimpulannya

Rugi betul siapa yang tak amalkan B-Complex Shaklee setiap hari. Setelah diteliti semua info-info di atas, semua berkait rapat dengan kesihatan kulit manusia. Dalam erti kata lain B-Complex ada pelengkap jurang nutrisi.


YANG NAK ORDER tekan sini
YANG NAK DAFTAR AHLI tekan sini pula ..

YANG NAK BACA DAN NAK TAHU LEBIH BANYAK INFO B-COMPLEX SHAKLEE klik semua di bawah ini:- 
Khasiat B-Complex
Testimoni B-Complex
B-Complex Untuk Stress
B-Complex Untuk Pesakit Diabetis



Post a Comment

0 Comments