7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar


Nak kurus tapi kuat makan.
Nak kurus tapi nak yang paling mudah 
Baca tips ini seterusnya dan boleh amalkan dan jadikan kebiasaan.


7 TIPS RAHSIA KURUS TANPA BERLAPAR.


1. Pastikan separuh dari pinggan anda adalah buah dan sayur.

  • Antara jenis buah dan sayuran yang rendah kalori adalah seperti epal, tembikai, bunga kubis dan juga brokoli.
  • Awas!! sayur sekarang nampak cantik kan? Perlu tahu racun semburan yang masih melekat pada sayur dan buah. Tu semua penyebab radikal bebas. Makan banyak sayur tapi secara tak langsung masuk sekali dalam badan racun semburan sayur.
  • Oleh itu anda boleh guna Pencuci Sayur Dan Buah Cara Semulajadi Dijamin Selamat


2. Pilih makanan yang tinggi serat




3. Mulakan sesi makan anda dengan buah.
  • Elak makan buah selepas makan. 
  • Dr. Zamurrud Patel, Consultant Dietitian, Global Hospitals Mumbai mencadangkan, “Makan buah-buahan selepas makan berat bukanlah idea yang hebat, kerana ia mungkin tidak dicerna dengan betul. 
  • Bahan nutrien mungkin tidak diserap dengan betul. Anda perlu meninggalkan jurang sekurang-kurangnya 30 minit antara makanan dan snek buah.”
  • Jika anda makan buah-buahan pada perut kosong, ia akan memainkan peranan utama dalam menyahtoksifikasi sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain.



4. Pastikan ada sumber protien.
  • Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.
  • Untuk lebih detail ini jawapan Kenapa Protien Penting Untuk Kurus? Dengan protien juga Dapat Kempiskan Perut


5. Gunakan pinggan yang lebih kecil.

  • Cara terbaik nak jaga pemakanan ialah dengan kita kawal kuantiti makanan kita. Cara yang paling mudah ialah dengan guna pinggan lebih kecil.
  • Bila kita guna pinggan yang besar, kita lebih mudah untuk ambil makanan secara berlebihan tapi kalau kita guna pinggan yang lebih kecil, kita akan lebih mudah untuk makan dengan sedikit je.
  • Jadi boleh sediakan pinggan yang lebih kecil dan gunakan pinggan tu setiap kali kita nak makan, so takdelah kita terlebih kalori.


6. Kunyah makanan lebih lama

  • 20 minit masa diperlukan untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang.
  • Makan dengan cepat menjadikan jumlah makanan yang diambil bertambah.
  • Fakta membuktikan bahawa orang yang makan dalam tempoh yang cepat berisiko 115 peratus mengalami penambahan berat badan.  Keadaan ini dibandingkan dengan mereka yang makan perlahan dan mengunyah makanan lebih lama.


7. Minum air kosong pada waktu makan dan diantara waktu makan.

  • 30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.
  • Memetik dari portal Penerangan Malaysia, pengambilan air kosong setiap hari sangat penting, ini kerana air kosong dapat memelihara kesihatan tubuh dan melancarkan sistem metabolisme dalam badan.
  • Selain itu, air kosong juga dapat membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.





Post a Comment

0 Comments