10 Fakta Menarik Tentang Durian Yang Perlu Diketahui



Musim durian dah tiba. Sana sini jual durian. Makan boleh tapi jangan berlebihan. Ada kebaikkan dan keburukan makan durian jika diambil secara tidak terkawal. Awass!! untuk pesakit kencing manis.

10 Fakta Menarik Tentang Durian Yang Perlu Diketahui

1) Durian kaya bahan asid amino tryptophan. Bahan ini boleh menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
2) Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi 151.

3) Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)

4) Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan.

5) Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.



6) Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut.

7) Kaya akan nutrisi. Pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh terdapat dalam buah durian, seperti vitamin B, C dan E. Buah durian juga mengandungi mineral, seperti cuprum, zink, besi, mangan, magnesium, natrium, kalium, kalsium, fosfat dan sebagainya.

8) Walaupun terdapat banyak andaian yang mengatakan bahawa buah durian mengandungi kolesterol yang boleh menyebabkan hiperkolesterolemia.  Tetapi sebenarnya banyak kajian mengatakan buah durian ini tidak mengandungi kolesterol di dalamnya.

9) Bantu pesakit jantung ini kerana terdapat vitamin dan mineral dalam buah ini, yang dapat menurunkan kadar kolesterol, sehingga aliran darah dan juga seluruh tubuh tetap lancar.

10) Antioksidan yang baik. Antioksidan mempunyai peranan penting dalam menangkis radikal bebas, iaitu molekul yang boleh merosakkan sel dalam badan.  Durian mengandungi beberapa zat yang berguna untuk menangkal radikal bebas dari tubuh, seperti flavonoid dan karotenoid.



Untuk menghindari datang penyakit macam-macam kita boleh bantu diri sendiri dengan pemakanan tambahan. Untuk elak kencing manis lagi tinggi tapi tekak tu nak makan durian jom ambil nih Vivix Untuk Kencing Manis



Post a Comment

0 Comments