Entri kali ni lebih pada nak memuji KFC. Sesuai dengan tajuk entri The Best KFC Customer Service yang maknanya dalam Bahasa Melayu ialah Perkhidmatan Pelanggan KFC Terbaik.
6/2/2022 pukul 3.52 petang
Pergi ke KFC Aeon Taman University untuk beli KFC. Opcos beli KFC la kan? Takkan nak beli meja KFC. Hahaha..Order tak la banyak menimbun, sikit jer macam dalam resit bawah ni. Adalah gambar yang sempat anak ambil sebelum makan. Tu dah memang acara wajib kakak. hehehe.. Sebenarnya dalam order tu ada tambahan lain.
Nak dipendekkan cerita sampai jer rumah anak-anak pun buka dulu .. Tetiber kakak bagitau "mana kentang putar dengan cheezy wedges kakak?!!!!"
Saya pun mula la keluarkan resit dan periksa balik order. Maka setelah diteliti dan dibelek-belek banyak kali, betul lah ada 2 item yang budak kaunter KFC tak bagi iaitu:
1 WHIPPED POTATO LARGE
1 CHEEZY WEDGSES LARGE
6/2/2022 pukul 5.00 petang
Saya terus telefon Customer Care ditalian 1300-222-888. Cepat betul dia angkat. Maka bermulalah pertanyaan tanpa banyak songeh dari pihak KFC. Antaranya Store Id, No Order, Finance Id dan Host KFC tu yang setelkan order saya di kaunter.Saya pun beria-ria bagitau. Sebelum tu memang saya tak bagi anak-anak makan dulu. Kot la pihak KFC tak percaya. Jangkaan saya meleset sama sekali. Pihak KFC tak ada pun minta wasap gambar. Hahaha.
Pihak KFC Customer Servis pun terus noted aduan saya. Tak lama kemudiam terus ada telefon dari KFC AEON TAMAN UNIVERSITY.
Dalam nada yang tak kelam kabut tanpa banyak tanya "minta maaf puan". Wah!!! lega betul dengar. Dia bagitau nak hantar semula order yang tertinggal pada hari yang sama.
6/2/2021 pukul 7.30 petang
Ada telefon dari KFC yang menyatakan tak boleh hantar hari ini. It's ok esok pun boleh asalkan dapat. Ok habis situ.
7/2/2022 pukul 3.00 petang
Ada telefon dari runner KFC yang bagitau nak hantar order yang tertinggal semalam. Ahh!! lega. Suka kakak dapat favourite dia.Saya nak katakan KFC Customer Service terbaik sebab sebenarnya tiada penghantaran ke kawasan rumah saya, tapi dia bertanggungjawab untuk hantar melalui perkhidmatan GRAB. Budak grab tu pun sangat-sangat bersopan santun. 10 bintang untuk KFC dan budak yang hantar.
Gambar di bawah inilah item yang tertinggal. Kami dah pun dapat dan dah habis sekelip mata sebab kentang putar dan cheezy wedges memang sedap giler cukup perisa. Kalau pergi KFC memang beli kentang putar yang besar lebih-lebih.
13 Comments
so bg tau la ada kat stesen minyak tu. then dia ckp ok puan tunggu situ.. rider kita akan hantar segera. sis pun ckp kat asben.. betul apa dia ckp, x lama lepas tu ada rider masuk cari kereta kami kat parking stesen minyak tu. yg lagi best, dpt free french fries tanda minta maaf. :D
dan jaga pelanggan kan.
Customer service satisfaction sangat diutamakan.
Tak pernah ada pengalaman mcm ni, tapi so far KFC layanan kat kaunter pun sangat memuaskan.