Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca


Tajuk kali ini saya nak ceritakan sendiri kesan sampingan vaksin covid-19 Astrazeneca ke atas diri sendiri dos 1, dos 2 dan dos penggalak. Saya mendapatkan ketiga-tiga vaksin di pusat PPV Persada Johor International Convention Centre di Johor Bahru.

Persada Johor International Convention Centre

Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca Dos 1

Temujanji yang tertera My Sejahtera pada 8 Ogos 2021 pukul 8.30 pagi. Awal pagi saya bangun selepas membuat kerja rumah dan solat saya ambil vitamin Shaklee iaitu Vitamin C, Omega Guard, Ostenutrix dan B Complex

Untuk rutin biasa saya memang amalkan Esp Shaklee sebagai sarapan. Saya bawa bekal 500ml air Performance Drink Shaklee juga. 
Saya selesai mengambil vaksin kira-kira pada pukul 9.30 pagi. Masuk kereta terus minum air yang saya bawa dari rumah sampai habis. Sebelum balik rumah saya merayap dulu la sebab masa tu kan PKP ambil peluang tengok-tengok keadaan luar. Hehehe 

Sampai rumah saya ambil Vitamin C lagi sekali (kerr sekali lagi mana satu yang betul ayatnya hahaha). Rasa sakit di tempat cucuk tu ada. Sebenarnya saya tunggu sampai ke malam kesan sampingan. Sampai ke hari esok. Alhamdulillah TIADA KESAN SAMPINGAN. Suami siap tanya 'demam-demam tak ada ke?' Hahaha Biasa la tu dia pelik. Apapun Alhamdulillah sihat walafiat.

Kerusi empuk di persada 

Pintu masuk persada 


Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca Dos 2.

Temujanji yang tertera My Sejahtera pada 10 Oktober 2021 pukul 8.30 pagi. Saya selesai mengambil vaksin kira-kira pada pukul 8.45 pagi. Cepatkan??

Rutin biasa sama macam saya ambil masa dapat dos pertama. Alhamdulillah dengan izin Allah swt saya TIADA KESAN SAMPINGAN untuk dos kedua ini. 

Tapi jujur saya nak bagitahu setelah beberapa bulan selepas vaksin potensi waktu tidur saya bertambah. Hahaha. Sebelum ni saya boleh je tidur lewat malam. Tapi sekarang, lepas isyak mata saya dah tak boleh tahan. Nak tidur sajerrr. 

Jika ada kelas Shaklee atau hal-hal penting, saya ada teh yang saya minum untuk tahan mata dari tidur cepat. Tak lain dan tak bukan ialah Cinch Tea Mix.


Dos kedua bersama anak sulong 


Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca Dos Penggalak.

Kali ni saya dapatkan dos penggalak secara WALK IN. Tempat dan masa yang sama bertarikh 11 Ferbuari 2022. 
Masih perkara yang sama saya buat makan vitamin Shaklee. Sampai rumah saya buat kerja macam biasa. 

Sehingga pagi 12/2/2022 alhamdulillah saya bangun dalam keadaan sihat walafiat. Syukur ya Allah TIADA KESAN SAMPINGAN. Betapa takutnya saya menungu setiap detik kerana melihat kesan-kesan yang viral di mana-mana lama media sosial. Saya mengambil dos ini kerana setiap bakal jemaah umrah diwajibkan untuk mendapatkannya. 

Pada mulanya memang saya tangguhkan setelah mendapat tarikh pada 27/1/2022. Setelah mendapat SOP baru bakal jemaah umrah. Saya akur untuk mengambil dos ini. Nak tak nak kena tadah jugak.. Padan muka konon nak tunda-tunda. Hahaha


Tunjuk arah

Sedangkan menunggu di vaksin di bilik pada anak panah 

KESIMPULANNYA.

Saya tak berani bagi jaminan apa-apa tentamg kesan sampingan. Mungkin betul ianya bergantung kepada sistem imun badan atau sebaliknya. Setiap manusia hanya usaha dan ikhtiar dengan cara masing-masing.
Jika satu hari nanti Allah bagi sakit, bukan kita minta tapi memang dia dah sediakan sakit itu untuk kita. Kerana apa?

Itu adalah cara Allah menghapus dosa hambanya melalui penyakit.Jatuh sakit adalah penawar dari perbuatan dosa yang telah kita dilakukan.

Saya doakan anda yang membaca blog saya ini di dalam keadaan sihat walafiat. Jika nak makan supplemen Shaklee boleh klik pada butang whatsapp di bawah atau klik pada gambar.




Post a Comment

13 Comments

Ziana Eunos said…
Alhamdulillah. Moga akk sihat selalu. Mungkin juga tu bergantung pada badan masing2
flizzy86 said…
Alhamdulillah,lega dah settle 3 dos.Yong baru 2 , dapat appointment untuk booster minggu lepas cancel sebab badan tak berapa sihat dok batuk selsema..nextttt
Mijablur said…
apa-apa pun atas badan kita jugak, alhamdulillah takde kesan sampingan yang teruk,yang paling penting lepas vaksin jangan buat kerja berat sangat,banyakkan rehat
Mrs Pip said…
Alhamdulillah sihat2 saja lepas vaksin.
Saya ambil Sinovac, tak da kesan sampingan sangat, kecuali sedikit letih selepas beberapa hari suntik and demam sekejap saja.
Tapi apapun, amalkan pemakanan yg baik Dan ambil supplement membantu menjaga kesihatan badan.
Ummu Ukasyah said…
moga sihat selalu kak. saya masih tunggu appointment dos penggalak sy. suami haritu dah dapat dos penggalak (semua pfizer), alhamdulillah demam sekejap je
vaksin dapat sinovac, dapat booster Pfizer syukur alhamdulilah kejap jer sakit simtom lain mengantuk jer masa awal seminggu tu lepas tu okay dah
nettyahhiyer said…
Alhamdulillah.. tiada kesan sampingan. Macam pengalaman adik, ambil dos penggalak AZ dia alami demam sampai dua minggu. Kasihan juga.. kakaknya saja belum lepas-lepas lagi dos penggalak.. hihi.
Ombak Bergigi said…
Masa amik booster ni je ade kesan sikit, pening pening kepala
Cik Min said…
Tu la lain org lain penerimaan badan selepas di vaksin. Sgt beruntung bg tak x de kena kesan sampingan. Sy pun Alhamdulillah tak de kesan sampingan masa amik vaksin dulu
Atul Hamid said…
Alhamdulillah. Happy for u kak. Betul sangat kak, lain orang lain kesan sampingannya
Maria Firdz said…
Kesan sampingan tu biasalah kan... yang dapat kesan luar biasa tu tak ramai mana kan... tapi tetap ada kesan sampingan ... saya pzifer kuasa 3... hahaha
Tengkubutang said…
Alhamdulillah.. Tiada kesan sampingan.. Lega tang situ kan... Mungkin ikut imun badan..
Alhamdulillah baguslah takde kesan sampingan.. PPV Persada ni buka semula ya? dulu anak ambik kat sini jugak..