Kebaikan Makan Beras Perang


Beras banyak beras. Ada beras putih, beras merah, beras hitam dan macam-macam lagi jenis beras. Kali ni saya nak ceritakan tentang Kebaikan Makan Beras Perang.

KENALI BERAS PERANG 

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar, sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih, dan menjadi tengik lebih cepat.

Beras perang adalah bijirin penuh, yang bermaksud ia mengandungi tiga bahagian kernel bijirin iaitu:
  1. lapisan luar dipenuhi serat dipanggil bran
  2. bahagian tengah kaya dengan nutrien dipanggil sebagai germ
  3. lapisan tengah berkanji dipanggil endosperm.

KEBAIKAN MAKAN BERAS PERANG

(1) MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN
Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. 

Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.


(2) ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG DAN KOLESTEROL
Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.

Antara komponen yang boleh didapati di dalam beras perang dan makanan bijirin penuh yang lain ialah lignan. 

Lignan adalah salah satu nutrisi yang dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser dan juga masalah jantung. Kandungan serat di dalamnya yang membantu menurunkan paras kolesterol yang tidak baik juga mampu untuk melindungi kesihatan jantung


(3) TINGGI KANDUNGAN SERAT(fiber) 
Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. 

Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.



(4) MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA
Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.

Beras perang mengandungi indeks glisemik yang rendah dan ini dapat mengelakkan kenaikkan gula di dalam darah.

KESIMPULANYA 

Hakikatnya, pengambilan beras perang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan jika dibandingkan dengan beras lain. Namun begitu, pengambilannya haruslah secara bersederhana kerana pengambilan yang berlebihan turut menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.

Post a Comment

7 Comments

Ziana Eunos said…
Bagus beras perang ni banyak manfaat dia.untuk kesihatab kita kan
Lisa said…
Saya pun baru mengamalkan makan beras perang ni memandangkan ingin turun berat badan secara sihat. Mungkin ada yang kata beras perang ni sedikit mahal daripada beras biasa tetapi ia banyak khasiatnya dan tak salah kita melabur untuk kesihatan diri sendiri.
Sii Nurul said…
Biasanya jenama beras perang nie yg mcm mana ya?
Mrs Pip said…
Bagus juga makan beras perang tapi harganya sedikit mahal.
Tapi memang beras perang ini banyak khasiatnya.
Mijablur said…
walaupun harga beras perang sedikit mahal dari beras biasa, tapi berbaloi untuk cuba sebab khasiat dia
Ombak Bergigi said…
Kalau nk kurus boleh makan beras perang ni tpi tulah harga mahal sikit
Atul Hamid said…
Best beras perang ni, memang x lapar jadinya, bagus untuk diet, cuma harganya agak mahal sikit