Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.
Untuk itu ini adalah cara saya zikir selepas solat tanpa tasbih dan sebarang bentuk kiraan digital ditangan. Oleh kerana telefon sentiasa berada di tangan maka saya kongsi apa yang saya dah amalkan setiap hari.
CARA PERTAMA
Pergi ke playstore cari aplikasi MUSLIM: AZAN MALAYSIA, KIBLAT seperti gambar di bawah kemudia downlond hingga selesai. Ianya hanya percuma. Untuk menaik taraf akan ada bayaran. Saya hanya menggunakan yang percuma saja.CARA KEDUA
Setelah selesai, buka dan cari gambar zikir yang ada tasbih seperti di dalam gambar di bawah.CARA KETIGA
Saya tunjukkan contoh zikir YA WAHAB. Cara masukkannya sangat mudah. Pergi ke titik tiga yang berada di sebelah atas kanan dan kemudian klik dan seterusnya kita bolehlah masukkan zikir yang kita nak seperti contoh di dalam gambar.CARA KEEMPAT
Anda boleh tentukan kelantangan suara semasa mula berzikir untuk memastikan anda mendengar sendiri selepas dan selepas mengikut turutan. Boleh juga menggunakan earphone jika anda mahu mendengarnya sendiri.CARA KELIMA
Sambil berzikir kita boleh klik pada maksud setiap zikir. Dengan itu sambil berzikir kita baca sekali maksudnya secara tak langsung. Pasti kita lebih menjiwai setiap zikir yang kita baca. Anda boleh masukkan segala macam zikir di dalamnya untuk diamalkan seharian.KESIMPULANNYA
Dengan cara ini kita boleh mengetahui berapa banyak zikir yang telah kita baca dalam sehari.Sebagai contoh 1000 kali Ya Wahab dalam sehari, kita boleh bahagikan mengikut kemampuan sebelum subuh 100, selepas subuh 100 dan seterusnya.
Pengalaman saya sendiri zikir ya Wahab itu kita boleh baca kurang dari 10 minit. Oleh itu anda boleh baca beribu-ribu dalam sehari. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua.
Telefon yang sentiasa di tangan gunakanlah ia sebaik mungkin. Selamat beramal.
PETUA/ALTERNATIF SUPAYA TAK NGANTUK SEMASA BERZIKIR. Tekan sini Hilangkan Rasa Mengantuk
11 Comments
Nnt saya nak download juga.
Senang juga ada apps yg membantu mengira Dan merekod zikir harian Kita.
Tq share.
Read our Betway casino review and get 저녁 메뉴 룰렛 your exclusive welcome bonus 강원 랜드 여자 노숙자 up to 암호 화폐 종류 €1600 + 200 FS on your first four deposits! bet 분석 Read more on the 라이브 벳 betway casino.