APAKAH ITU PENYAKIT JANTUNG
Penyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kes ukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.5 CARA MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG
1) Diet
Makanan punca sakit jantung seperti makanan bergoreng, makanan bersantan dan makanan manis. Pengambilan diet yang sihat boleh melindungi jantung anda, mengelakkan darah tinggi dan risiko untuk kencing manis. Diet jantung sihat merangkumi:- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Kacang dan kekacang
- Daging tanpa lemak dan ikan
- Makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
- Bijiran penuh
- Lemak sihat seperti minyak zaitun
- Garam
- Gula
- Karbohidrat yang telah diproses
- Alkohol
- Lemak tepu dan lemak trans
2) Pemeriksaan Kesihatan
Tanpa pemeriksaan kesihatan, anda tidak akan sedar bahawa anda mempunyai penyakit ini. Pemeriksaan kesihatan akan mencatatkan bacaan tekanan darah dan kolesterol anda dari semasa ke semasa.Sekiranya nombor yang dicatatkan menandakan anda mungkin mempunyai masalah tinggi kolesterol atau hipertensi, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk membincangkan langkah seterusnya dalam memastikan kesihatan anda tetap terjamin.
3) Berhenti Merokok
Merokok merupakan faktor risiko untuk pelbagai penyakit dari sakit jantung, kanser paru-paru, kanser payudara dan sebagainya. Bahan kimia lain dalam rokok tembakau boleh merosakkan jantung dan saluran darah anda.Asap rokok mengurangkan oksigen dalam darah, lalu menyebabkan tindak balas sistem badan anda untuk meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Jantung anda terpaksa bekerja lebih keras untuk terus membekalkan oksigen ke seluruh badan dan yang paling penting, otak anda.
Mesti baca ... Perokok
4) Bersenam
Aktiviti bersenam mempunyai pelbagai manfaat seperti menguatkan hati anda dan menambahbaikkan pengaliran darah anda. Langkah ini merupakan cara mencegah jantung tersumbat.Aktiviti fizikal juga membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan, merendahkan kolesterol dan tekanan darah.Anda disarankan untuk bersenam 5 kali seminggu selama 30 minit dengan senaman yang sederhana intensitinya.
Mesti baca ... Senaman
5) Amalkan pengambilan vivix
- Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung.
- Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah(LDL) atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas.
- Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
- Mencegah penggumpalan platelet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan.
- Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.
- Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).
- Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.
KESIMPULANNYA
Kak Shida Agen Shaklee Terbaik Anda
Kelebihan Mendaftar Ahli Klik Pada Gambar |
10 Comments
Jaga pemakanan sangat penting. Pilih menu yg sihat. Beriadah pun penting juga untuk pastikan tubuh sihat dan kurang risiko mendapat penyakit kardiovaskular.