5 Cara Mengurangkan Risiko Serangan Jantung


Ramai yang dah tak ambil kisah tentang penyakit jantung yang menyerang secara tiba-tiba. Sering kali keluar berita di laman media sosial tentang serangan jantung yang bukan sekadar menyerang golongan tua malah dah tak kira umur.

APAKAH ITU PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kes ukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

5 CARA MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG 

1) Diet

Makanan punca sakit jantung seperti makanan bergoreng, makanan bersantan dan makanan manis. Pengambilan diet yang sihat boleh melindungi jantung anda, mengelakkan darah tinggi dan risiko untuk kencing manis. Diet jantung sihat merangkumi:
  1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  2. Kacang dan kekacang
  3. Daging tanpa lemak dan ikan
  4. Makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
  5. Bijiran penuh
  6. Lemak sihat seperti minyak zaitun
Berikut adalah makanan yang tidak boleh ambil secara berlebihan:
  1. Garam
  2. Gula
  3. Karbohidrat yang telah diproses
  4. Alkohol
  5. Lemak tepu dan lemak trans
Mesti baca ... Diet


2) Pemeriksaan Kesihatan

Tanpa pemeriksaan kesihatan, anda tidak akan sedar bahawa anda mempunyai penyakit ini. Pemeriksaan kesihatan akan mencatatkan bacaan tekanan darah dan kolesterol  anda dari semasa ke semasa. 

Sekiranya nombor yang dicatatkan menandakan anda mungkin mempunyai masalah tinggi kolesterol atau hipertensi, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk membincangkan langkah seterusnya dalam memastikan kesihatan anda tetap terjamin. 

Mesti baca .. Sihat


3) Berhenti Merokok

Merokok merupakan faktor risiko untuk pelbagai penyakit dari sakit jantung, kanser paru-paru, kanser payudara dan sebagainya. Bahan kimia lain dalam rokok tembakau boleh merosakkan jantung dan saluran darah anda.

 Asap rokok mengurangkan oksigen dalam darah, lalu menyebabkan tindak balas sistem badan anda untuk meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Jantung anda terpaksa bekerja lebih keras untuk terus membekalkan oksigen ke seluruh badan dan yang paling penting, otak anda.

Mesti baca ... Perokok


4) Bersenam

Aktiviti bersenam mempunyai pelbagai manfaat seperti menguatkan hati anda dan menambahbaikkan pengaliran darah anda. Langkah ini merupakan cara mencegah jantung tersumbat. 

Aktiviti fizikal juga membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan, merendahkan kolesterol dan tekanan darah.Anda disarankan untuk bersenam 5 kali seminggu selama 30 minit dengan senaman yang sederhana intensitinya. 

Mesti baca ... Senaman


5) Amalkan pengambilan vivix 

Vivix Shaklee bantu mengurangkan risiko serangan jantung dan menyokong kesihatan menyeluruh. Vivix mengandungi resveratrol. Resveratrol didapati boleh membawa kesan potensi untuk perlindungan jantung termasuk:-


  1. Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung.
  2. Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah(LDL)  atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas.
  3. Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
  4. Mencegah penggumpalan platelet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan.
  5. Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.
  6. Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).
  7. Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.
Mesti baca .... Jantung




KESIMPULANNYA

Serangan jantung adalah berpunca dari kita sendiri. Cara hidup dan cara pemakanan sering berkait rapat dengan penyakit ini. Ada yang masih tak sedar dan ada yang masih menyalahkan itu ini dan sana sini.

Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada sebab. Tak dinafikan kesalahan itu mungkin berpunca dari yang lain. Tapi kita sebagai manusia yang mempunyai fikiran yang waras, tak rugi jika sekiranya amalan yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung dapat kita laksanakan dengan baik. 

UNTUK PERTANYAAN BOLEH TEKAN LINK DI SINI
Kak Shida Agen Shaklee Terbaik Anda

UNTUK JOIN AHLI TEKAN LINK DI SINI 
Daftar Ahli


Kelebihan Mendaftar Ahli Klik Pada Gambar 




Post a Comment

10 Comments

shamiera osment said…
Betul pemakanan banyak amik peranan juga bab jantung ni kan. Risau juga ramai org sekarang kena serangan jantung.
nettyahhiyer said…
Aduh! berdebar pulak baca. Udah le kekadang belasah je makan ikut suka. Tapi bila terlebih makan tu mesti mulalah rasa badan tak best.
flizzy86 said…
bila usia makin meningkat,banyak benda kita nak kena jaga..betul la orang cakap,waktu sihat ni la kena start amalkan gaya hidup sihat + jaga pemakanan..
Bebelan Cik Min said…
Betul tu..sebenarnya yang paling penting jaga aktiviti seharian dan cara pemakanan kita. Insyallah jika kita berhati-hati akan terhindar.
Mrs Pip said…
Pilih gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung .
Jaga pemakanan sangat penting. Pilih menu yg sihat. Beriadah pun penting juga untuk pastikan tubuh sihat dan kurang risiko mendapat penyakit kardiovaskular.
Meningkatnya umur memang risiko sakit jantung tu ada, terima kasih kongsikan cara-cara mengatasinya.. Boleh cuba nanti...buat masa nih masih boleh dikawal
semua yang disenaraikan tu betul.. ramai yang muda-muda dah terkena sakit jantung sekarang.. kena ambik langkah lebih untuk jaga kesihatan sendiri..
Ziana Eunos said…
Tq share kak.. jaga kesihatan selalu
Atul Hamid said…
Betul kak, semua berbalik pada kita juga. Jika kita aware, insyaAllah kita boleh lindung diri awal dari terkena jangkitan penyakit berisiko ni.
Rina Kifli said…
dah lama teringin viviks tu.. nampak macam sedap jee. khasiat dia banyak pulak tu.