Sains telah membuktikan peranan penting elderberi kepada kesihatan imun melalui kajian-kajian sel di makmal dan beberapa kajian klinikal yang dijalankan ke atas manusia, seterusnya menjadikan makanan tinggi nutrien ini sebagai ‘bintang kesihatan imun’!
Melalui kajian-kajian ini, kami percaya kebaikan warna ungu yang terdapat pada elderberi seharusnya menjadi salah satu bahagian penting bagi pemakanan harian anda!
Info Penting Buah Elderberi
Elderberi digunakan secara tradisional untuk menyokong kesihatan imun dan melegakan gejala-gejala selesema dan flu.
Ia juga telah diketengahkan dalam banyak kajian-kajian terkini yang menyokong kegunaannya untuk kesihatan imun.
Elderberi dikenali sebagai Super Beri berbanding dengan beri-beri yang lain kerana ia padat dengan kandungan antioksida unggul seperti antosianin polifenol yang memberikan warna ungu gelap, asid fenolik, flavanol, vitamin A dan vitamin C3 kepada elderberi.
3 Manfaat Buah Elderberi Untuk Kesihatan Imun
- Ciri antioksida yang dapat mengurangkan kerosakan sel-sel akibat pengoksidaan supaya badan anda lebih sihat.
- Aktiviti antibakteria dan antivirus untuk membantu anda melawan jangkitan.
- Ciri antiradang untuk melegakan kesakitan dan bengkak
Elderberi dikaitkan dengan kemampuan untuk menguatkan kesihatan imun kerana unsur-unsur semulajadi di dalamnya dapat membantu untuk:
- Menyekat virus daripada memasuki dan mereplikasi di dalam sel perumah seterusnya mengurangkan kemungkinan terkena jangkitan.
- Mengurangkan penyebaran virus dari sel ke sel untuk mengurangkan keterukan dan tempoh selesema dan flu.
- Mengawal atur penghasilan sitokin untuk tindak balas imun yang lebih sihat terhadap jangkitan.
- Menambah baik aktiviti sel-sel darah putih untuk melegakan gejala-gejala selesema dan flu, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.
- Melindungi sel imun anda daripada kerosakan oksidasi untuk meningkatkan perlindungan anda.
0 Comments