5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Semua orang ada perut. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang buncit ada yang kempis. Yang buncit tu paling sebuk nak kempiskan tak kiralah lelaki atau perempuan. Hahaha
Ok jom saya bagi cara yang paling mudah.

5 CARA MUDAH KEMPISKAN PERUT 
(1) Kurangkan Jus-Jus Buah yang Terlampau Banyak
  • Ramai ingat minum jus buah bagus. Betul bagus, tetapi kalau minum secara berlebihan, sekaligus meningkatkan pengambilan fructose yang tinggi. Jadi lama kelamaan, ia boleh menyebabkan kegemukan. Ini bukan auta tapi fakta. Semakin nak kurus tapi tak berjaya sebab ada gula tersembunyi di dalam jus-jus buahan tersebut.

(2) Makan Sikit Tapi Lebih Kerap
  • Makan sikit-sikit bermaksud, sekiranya orang itu mempunyai keperluan kalori yang besar, contohnya, 1800 ataupun 2000 agihkan setiap makanan itu sedikit demi sedikit seperti 5-6 kali makan. Tidak digalakkan terus makan 2 atau 3 pinggan sekaligus untuk cukupkan keperluan kalori.

(3) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
- Karbohidrat ringkas
  • Nak kenal karbohidrat ringkas caranya apabila kita letak makanan pada lidah, akan rasa manis. Contohnya, gula putih, gula perang dan madu.Ini bermaksud apabila masuk ke dalam badan kita, makanan ini sudah tak perlu dihancurkan dengan menggunakan lebih tenaga dan tak perlu diuraikan tenaga tersebut untuk menjadi glukos.
  • Paling penting kena kurangkan GULA RINGKAS iaitu benda-benda manis. Bukan sahaja gula putih ya, banyak lagi nama untuk gula antaranya Fructose, corn syrup, dan banyak lagi. Elakkan benda-benda yang manis. Amalkan benda ini 2 minggu, boleh turunkan perut kita.
- Karbohidrat Kompleks
  • Karbohidrat ini ambil masa untuk diproses sebelum jadi gula. Contohnya seperti mee, mihun, nasi, roti canai, tosei. Bukan tak boleh makan, tapi setiap kali makan, jangan makan banyak.
  • Kalau nasi makan satu genggam. Tosei pula cuba genggam dan gulung-gulung, dan dapatkan satu genggam. Kalau lebih daripada satu genggam, dah banyak. Kalau kita makan roti nan, kadang-kadang suku pun dah satu genggam. Jadi tanpa sedar kita sudah makan dengan berlebihan.
  • Kalau macam tu, kita makan Beras Perang je lah! Betul, beras perang pun kategori karbohidrat kompleks. Lebih bagus dan bagus untuk dimakan tapi masih kena jaga jumlah iaitu dalam satu genggam sama macam nasi putih juga. “Kedua-duanya kena jaga. Kedua-duanya kena kurangkan.”

(4) Masa Makan yang Lebih Teratur
  • Mereka yang tak jaga masa makan dia, kebarangkalian untuk naik berat badan dan perut itu lebih tinggi. Jadi, jaga masa makan.Sarapan cantiknya sebelum pukul 9, makan tengah hari sebelum pukul 2 dan makan malam sebelum pukul 9 malam. Makan malam awal sebelum maghrib lagi cantik dan lagi bagus. Kalau kita tidur lambat boleh ambil supper. Sikit-sikit tapi kerap.

(5) Kurangkan Garam dalam Makanan
  • Elakkan makanan macam chips ataupun apa jua yang dalam paket, seperti snek kerana kandungan garam sangat tinggi. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebab air bertakung dalam badan dan sekaligus menaikkan lemak kita.

OK!! JOM KEMPISKAN PERUT DENGAN CARA YANG SANGAT MUDAH. TAK PERLU BERSUSAH PAYAH.
NAK LAGI MUDAH JOM KLIK SINI MAKAN BUANG TAK TANPA PERLU SIMPAN DALAM USUS Bersihkan Usus

Untuk pertanyaan lanjut klik di button whatsapp



Post a Comment

0 Comments