9 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusu Bayi


Ada perkara yang kadang kala ibu-ibu tidak tahu kenapa bayi menangis tanpa sebab atau meragam tak tentu masa. Perkara ini perlu diambil tahu  Berikut adalah 9 jenis makanan yang perlu dielakkan bagi ibu-ibu yang menyusu bayi.

9 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusu Bayi
1. BUAH-BUAHAN SITRUS(BUAH-BUAHAN MASAM/JERUK)
  • Di dalam buah-buahan sitrus seperti orange dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam,, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik dan mangga.
Jeruk buah-buahan

2.KAFEIN
  • Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Kafein harus terhad kepada jumlah yang kecil supaya tidak mengganggu corak tidur bayi. Kafein juga boleh menyebabkan gejala seperti gemuruh dan kerengsaan untuk bayi.
  • Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.
Senarai minuman yang berkafien

3. MAKANAN PEDAS DAN BEREMPAH
  • Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika anda mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.
  • Makanan pedas seperti kari, boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah yang terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi anda yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.
Makanan pedas dan berempah

4.BAWANG PUTIH
  • Pengambilan bawang putih berlebihan boleh menyebabkan susu mengandungi campuran rasa bawang putih. Bawang putih sebenarnya bagus untuk buang angin dalam badan sebab itu ada sesetengah orang yang mengambilnya sebagai rutin
  • Tapi bagi ibu menyusu makan bawang putih tidak bagus untuk anak kerana ia menyebabkan susu badan anda rasa aneh lantas bayi menolak untuk terus menyusu.
Bawang putih

5. ALKOHOL
  • Sebagai seorang Islam, kita tidak dibenarkan minum alkohol. Tetapi ada baiknya kita mengetahui mengapa alkohol patut dielakkan oleh ibu yang menyusu sebagai ilmu tambahan. Jika seorang ibu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul: mengantuk, lemah dan kenaikan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. 
  • Manakala kesannya kepada ibu pula adalah sukar untuk mencapai “let down reflex” di mana ia sangat penting dalam penyusuan. Orang yang minum alkohol untuk merasa relaks. Tetapi ada cara lain yang mungkin lebih baik daripada alcohol seperti minum teh kamomil atau mengurut.
Minuman alkohol/arak

6. MAKANAN SEGERA
  • Sedap sebenarnya makanan segera ni. Semua suka kan? Tapi demi bayi ibu yang menyusu perlu hentikan tabiat memakan makanan segera ini yang mengandungi kalori yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk bayi.masakan ringkas air tangan sendiri adalah yang terbaik.
Makanan segera/makanan sejuk beku

7. SAYUR-SAYURAN BERANGIN
  • Ibu-ibu perlu mempunyai sayuran dalam diet mereka, tetapi bagi sesetengah orang is perlu dimakan hanya dalam kuantiti yang kecil kerana mereka boleh menyebabkan gas kepada bayi. Hal ini, akan menyebabkan bayi anda kembung perut.
  • Antara sayur-sayuran tersebut,termasuklah kubis , kubis bunga , timun dan brokoli. Kacang juga termasuk dalam kategori ini.
Senarai sayur-sayuran yang berangin

8. IKAN YANG MENGANDUNGI RAKSA (merkuri)
  • Makanan laut / kerang. Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. 
  • Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan udang, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan.
  • Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.
Senarai ikan yang mengandungi tinggi merkuri

9.PEPPERMINT (Pudina)
  • Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu anda, terutamanya jika anda minum beberapa cawan sehari, menurut pakar herba (“peppermint tea” sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu secara muktamad).
Teh diletakkan daun pudina 

Oleh itu untuk semua ibu-ibu, anda boleh elakkan 9 makanan di atas untuk menjamin penyusuan ibu lebih aman dan bayi yang sentiasa sihat. 
Untuk itu untuk menambah dan memeriahkan susu ibu anda boleh klik di sini Cara Penyusuan Ibu Yang Betul dan Set Hamil, Berpantang Dan Menyusu

Untuk lebih detail, anda boleh klik pada butang whatsapp di bawah.



Post a Comment

0 Comments