Perbezaan Pendemik, Epidemik Dan Endemik

Perbezaan Pendemik, Epidemik Dan Endemik 
Rakyat Malaysia dijangka hidup bersama Covid-19 sebagai endemik apabila kira-kira 80 peratus populasinya sudah divaksin. Inilah hakikat yang perlu kita semua terima. 
Ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada kehadiran penyakit berjangkit dalam kelompok manusia atau populasi serta had kawasan berlakunya jangkitan tersebut.
Perbezaan antara ketiga-tiganya adalah sempadan jangkitan dalam populasi tersebut sama ada terhad kepada kawasan tertentu, merentas kawasan atau merentas negara.
Apakah Pendemik, Epidemik Dan Endemik 
APA MAKSUD PANDEMIK?
Pandemik (Pandemic) adalah wabak yang tersebar di pelbagai negara atau benua dan merebak secara meluas.
Salah satu ciri pandemik adalah melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi sehingga menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat.
Penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) yang mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit maka ia akan merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kematian yang sangat tinggi.
Contoh penyakit dari Pandemik ialah Coronavirus yang melanda negara cina.
Kenali Pendemik, Epidemik Dan Endemik 
APA MAKSUD EPIDEMIK?
Epidemik (Epidemic) adalah penyakit yang menyerang sebilangan besar orang dalam komuniti, populasi, atau wilayah.
Biasanya, peningkatan kes sesuatu penyakit yang mendadak itu akan jelas kelihatan dalam sesuatu komuniti dan lingkungan masa yang tertentu melalui aktiviti pemantauan.
Contohnya Varian Delta yang menyerang disetiap negara.
Perbezaan Pendemik, Epidemik Dan Endemik 
APA MAKSUD ENDIMIK?
Endemik (Endemic) adalah sesuatu wabak yang dijangkiti oleh orang atau negara tertentu. Penyakit ini sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat.
Bilangan kes penyakit ini ada namun masih pada kadar yang stabil. Dengan kata lain, kewujudan sesuatu penyakit tersebut sentiasa dijangka dan biasanya pada kadar yang tetap dan rendah.
Contoh penyakit yang sentiasa ada ataupun endemik di Malaysia adalah penyakit Tangan Mulut dan Kaki (HFMD).
Denggi dikenali sebagai sesuatu penyakit yang endemik di Asia Tenggara. Di peringkat antarabangsa pula, penyakit polio adalah endemik di tiga buah negara di dunia iaitu Afghanistan, Nigeria dan Pakistan.
Apakah Yang Anda Tahu Tentang  Pendemik, Epidemik Dan Endemik? 
KESIMPULAN 
Dari apa yang telah difahami sesungguhnya sistem imun yang kuat memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dari setiap ketiga-tiga sempadan penyakit di atas. 
Sistem imun yang kuat dapat memelihara kesihatan secara menyeluruh dengan baik.

Untuk dapatkan lebih info tentang sistem imun klik di sini 
Kuatkan Sistem Imun Anda
6 Vitamin Tingkatkan Sistem Imun
Kenapa Sistem Imun Lemah


Post a Comment

0 Comments