7 Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Darah

7 Tanda-tanda kolesterol tinggi dalam darah
Untuk dapatkan bacaan kolesterol mestilah melalui ujian darah dari pakar perubatan. Kolesterol tinggi tidak dapat dikesan melalui mata kasar kecuali ada kesan-kesan awal yang dialami.

7 TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM DARAH
(1) Tangan dan kaki mati atau bengkak 
Masalah ini juga boleh terjadi kepada pesakit diabetis, hipotiroid dan lain-lain. Awas!! ini adalah salah satu tanda kolesterol tinggi.
Makin tinggi kolesterol maka akan kerap terjadi tanda ini kerana pembuluh darah tersumbat. Akibatnya oksigen dan nutrisi yang mengalir tersekat khususnya pada kaki dan tangan. Di mana tempat paling jauh dari jantung. 
kaki dan tangan tidak berasa apa-apa
(2) Sakit kepala 
Seringnya terjadi ketika kadar kolesterol kian meningkat, penyumbatan pun boleh terjadi di pembuluh arteri.
Sirkulasi oksigen ke otak pun terganggu. Akibatnya, kita akan terus merasa pusing dan sakit kepala. Disebabkan hal ini ada juga orang akan pengsan.
Sakit kepala tiba-tiba
(3) Sesak dada 
Sekiranya anda merasa sesak pada dada anda juga didatangi dengan rasa seolah-olah terbakar, perih, dan panas.
Dilansir Verywell Health, ini merupakan tanda bahawa kolesterol yang tinggi itu telah menguasai pankreas. Jika dibiarkan berkemungkinan akan menjadi penyakitBatu Hempedu.
Sesak dada hingga tsk boleh tarik nafas
(4) Nafas berbau 
Bau mulut atau halitosis juga merupakan tanda yang umum dimiliki oleh orang ysng mempunyai kolesterol tinggi. 
Ini terjadi disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan berlemak.
Untuk mengubahnya menjadi energi, tubuh harus melakukan ketosis (proses pemecahan lemak). Proses tersebut mengeluarkan gas yang akhirnya membuat napas bau tak sedap.
Nafas berbau 
(5) Selalu keletihan
Sering lemah, letih dan terasa lelah biasanya disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Ini dapat terjadi kerana kadar kolesterol jahat telah berlebihan.
Pembuluh darah yang tersumbat oleh zat tersebut akhirnya tidak boleh mengalirkan nutrisi dengan baik ke seluruh tubuh. Akhirnya, tubuh pun akan terasa lemah. Hinggakan, sampai tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.
Selalu letih dan lesu
(6) Penglihatan tergangu 
Kajian dari State University of New York College of Optometry, Amerika Syarikat, mendapati bahawa tahap LDL yang tinggi mempunyai akibat pada kesihatan mata kita.  Terdapat beberapa masalah yang timbul.  Keadaan ini sering dialami ketika tahap kolesterol kronik.
Pertama, kornea akan ditutup dengan cincin nipis yang diperbuat daripada lemak.  Kedua, kolesterol juga akan menyebabkan pembengkakan kulit di dekat hidung dan mata.  Ini akan mengganggu penglihatan kita.  Sementara yang ketiga, penyumbatan arteri akibat kolesterol juga akan mengganggu kerja retina dalam menangkap bayangan.
Penglihatan terganggu
(7) Sesak nafas
Jika kolesterol terlalu tinggi, kita akan berasa sesak nafas. Ini terjadi kerana saluran darah tersumbat oleh kolesterol jahat.
Sebenarnya semua tanda yang disebutkan di atas tidak selalu berlaku.  Selalunya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda.
Sesak nafas
Oleh itu, sangat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.  Dengan cara itu, kita dapat mengetahui bagaimana tahap kolesterol tubuh dan boleh segera diatasi.

Klik di sini juga untuk lebih banyak info tentang Omega Guard Shaklee

Untuk info lebih detail boleh klik di gambar 


Post a Comment

0 Comments