7 Tips Elak Sakit Lutut

Sakit lutut boleh terjadi pada sebahagian tempat di lutut atau di seluruh lutut itu sendiri. Sakit lutut merupakan perkara biasa yang boleh berlaku pada semua peringkat umur dimana secara langsung akan mengganggu rutin harian seseorang. 

INFO SAKIT LUTUT

Masalah sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ sangat sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua. Kajian menunjukkan, seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit radang sendi atau ‘Osteoarthritis (OA).

Masalah ini merupakan penyebab utama kepada kemerosotan keupayaan fizikal. Bukan sahaja ia mengganggu rutin harian, tetapi masalah ini juga lama-kelamaan akan mempengaruhi emosi individu tersebut.

Sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)

7 TIPS ELAK SAKIT LUTUT
(1) Elak berdiri terlalu lama
Sekiranya Tugas Yang Dilakukan Memerlukan Anda Banyak Berdiri, Elakkan Daripada Berdiri Tegak Sepanjang Masa. Bengkokkan Lutut Berselang Seli Antara Kedua-dua Kaki Supaya Bebanan Berat Badan Dapat Diseimbangkan Antara Kedua-dua Kaki.

Jangan berdiri terlalu lama 
(2) Posisi yang betul ketika duduk
Pastikan Lutut Dan Kaki Dalam Keadaan Selesa Setiap Kali Duduk. Jangan suka melipat kaki di bawak punggung ketika duduk. Ini akan memberikan tekanan kepada lutut.

Lakukan posiai duduk yang betul
(3) Letakkan bantal ketika tidur
Sekiranya Lutut Anda Sakit, Letakkan Bantal Di Bawah Pelipat Kaki Apabila Tidur Telentang Supaya Tidak Berlaku Ketegangan Pada Otot Lutut Ketika Tidur.

Letakkan bantal di bawah lutut ketika tidur
(4) Jangan mencangkung 
Jangan Mencangkung Atau Bertinggung Ketika Melakukan Kerja. Duduk Di Atas Bangku Rendah Supaya Dapat Melakukan Tugas Dengan Selesa.
Jangan mencangkung
(5) Lakukan pergerakan yang berlainan
Elakkan Daripada Berada Dalam Posisi Yang Sama Lebih Daripada 30 Minit. Ini kerana lutut itu sendiri akan menjadi tidak selesa jika berubah posisi dalam jangka masa yang sama kerana aliran darah yang tidak stabil.
Lakukan posisi duduk yang berlainan
(6) Jangan berjalan jauh
Sekiranya Lutut Sakit, Jangan Terlalu Jauh Berjalan, Ia Akan Hanya Memburukkan Lagi Keadaan. Anda boleh berhenti dan duduk seketika jika ingin meneruskan perjalanan.
Jangan berjalan jauh
(7) Hentikan senaman berat 

Hentikan Sebarang Senaman Atau Aktiviti Yang Dilakukan Sekiranya Terasa Lutut Anda Sakit sebelum ia menjadi lebih buruk.
Hentikan senaman berat
Jika sekiranya sakit lutut masih terjadi fisioterapi adalah cara terakhir bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Selain itu anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen tambahan secara konsisten.
Baca info ini Set cadangan sakit lutut shaklee dan dapatkan info sakit lutut juga di sini 5 cara hilangkan sakit lutut tanpa pembedahan

Post a Comment

2 Comments

Syazni Rahim said…
sakit lutut memang seksa
shidarahmat said…
susah sangat nak solat. Bila dah tak sakit nikmatnya