7 Faktor Penyebab Penyakit Batu Karang

7 Faktor Penyebab Penyakit Batu Karang 
Penyakit batu karang (kidney stone) adalah masalah kesihatan yang lazim terjadi di kalangan lelaki. Ubat batu karang yang paling berkesan sememangnya agak sukar ditemui. Oleh itu, segala langkah pencegahan patut diambil dari awal lagi seperti mengenali tanda-tanda batu karang jika ia mula menyerang seseorang.

KENALI PENYAKIT BATU KARANG
Air Kencing yang terbentuk di dalam buah pinggang akan dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Batu karang atau kalkuli ini boleh ditemui di mana sahaja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing dan biasanya ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang atau ureter).

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

7 FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT BATU KARANG
1.Kurang minum air
Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu. 
Kurang minum air penyebab penyakit batu karang
2. Garam
Garam masakan mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Unsur natrium di dalam garam akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing, lantas menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang.
Garam berlebihan penyebab penyakit batu karang 
3.Umur dan Jantina
Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun. Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita. 
Umur dan jantina penyebab batu karang
4.Penyakit Metabolik
Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin). 
Jenis-jenis penyakit metabolik penyebab penyakit batu karang 
5. Lemak Omega 6
Makanan yang tinggi dengan bahan Omega 6, seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh mendorong kepada pembentukan batu karang. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa lemak jenis ini boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing dimana keadaan ini membolehkan berlakunya pembentukan batu karang.
Makanan yang tinggi omega 6 penyebab penyakit batu karang
6.Kesan sampingan ubat
Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat. 
Ubat-ubatan penyebab penyakit batu karang
7.Pemakanan
Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.
Makanan tinggi protien penyebab penyakit batu karang 
Sesungguhnya masalah penyakit batu karang ini boleh dielakkan. Apa yang penting adalah menghentikan pemakanan yang menyebabkan batu karang dan dalam masa yang sama mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat dan aafiyat.
Jemput baca juga info di sini Rawat Batu Karang

UNTUK DAPATKAN LEBIH INFO TENTANG PENYAKIT BATU KARANG, boleh klik Kak Shida Di Sini

Post a Comment

1 Comments

evo7ori said…
Terima kasih sudi share info ini.. :D

Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!