7 Cara Menyusukan Bayi Jika Ibu Dijangkiti Covid-19 |
IBU DISYAKI ATAU POSITIF COVID-19!! APA YANG IBU PERLU LAKUKAN?
Ramai mengetahui penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan pelbagai penyakit. Penularan wabak COVID-19 sememangnya mendatangkan kebimbangan bagi setiap individu. Tidak terkecuali ibu menyusu anak.
Dalam keadaan pandemik yang semakin merisaukan, bagaimana penyusuan dapat diteruskan sekiranya ibu menyusu disyaki atau positif COVID-19?
7 Cara Menyusukan Bayi Jika Ibu Dijangkiti Covid-19
- Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya semasa menyusukan bayi supaya bayi kekal selamat
- Sentiasa mengamalkan cuci tangan atau sanitaiz tangan sebelum dan selepas menyusukan bayi. Sebelum menyusukan bayi, disarankan anda untuk mencuci tangan dengan sebaiknya menggunakan sabun bersama air.Amalkan tabiat ini setiap waktu terutamanya sebelum dan selepas menguruskan bayi atau barangan mereka.
- Jika batuk atau bersin, ibu hendaklah menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu dan dengan segera mencuci tangan dan mulut dengan segera.
- Sentasa melakukan disenfeksi dan pembersihan di mana-mana juga tempat yang menjadi sentuhan ibu. Bersihkan setiap permukaan yang anda sentuh dengan pembersih berasaskan alkohol. Ini termasuklah meja, botol mahupun pakaian. Jangan lupa untuk membersihkan permukaan yang tidak disentuh tetapi mungkin terkena titisan air. Sebaiknya bersihkan dan nyahkuman setiap permukaan atau barangan yang mungkin disentuh atau bersentuhan dengan si kecil. Ini kerana virus berbahaya ini boleh bertahan pada sesuatu permukaan antara 48 hingga 72 jam.
- Sentiasa jagak penjarakkan fizikal ketika ibu tidak menyusukan bayi.
- Kurangkan menyentuh bayi. Sentuhan hanya terjadi jika penyusuan ibu hendak dilakukan sahaja.
- Pastikan pengudaraan bilik yang bersih serta elakkan bilik yang menggunakan penghawa dingin.
Manfaat Susu Ibu
Tiada siapa boleh menafikan bahawa susu ibu dapat melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan penyakit termasuk batuk, demam dan selesema. Sememangnya tiada bukti susu badan dapat melindungi si manja daripada virus COVID-19.Tetapi sekurang-kurangnya terdapat kajian menunjukkan terdapat antibodi dalam susu ibu yang bertindak balas dengan virus. Di samping itu, bayi yang diberi susu badan didapati kurang kecenderunganuntuk mengalami gejala pernafasa teruk ketika jatuh sakit.
Oleh itu ibu-ibu sangat disaranakan memgamalkan garis panduan yang telah ditetapkan jika ingin terus menyusukan bayi. Selain itu ibu-ibu juga boleh mengamalkan pengambilan supplemen untuk memguatkan sistem imun ibu itu sendiri. Jemput baca di sini 6 vitamin tingkatkan sistem imun dan Kuatkan sistem imun anda
Jika anda hendak tau cara pengambilan yang betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ini.
Nak Order Shaklee
0 Comments