5 Individu Berisiko Kena Sakit Tumit


Secara umumnya, tumit merupakan tulang terbesar dan adalah paling penting di antara 26 tulang yang berada pada bahagian kaki.
Ia berfungsi untuk menyokong seluruh berat badan anda semasa anda berjalan dan pada masa yang sama berperanan menyerap tekanan apabila berjalan atau melompat.

5 Individu Berisiko Kena Sakit Tumit
(1) Individu Yang Mempunyai Berat Yang Berlebihan (Obesiti)
Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (Body Mass Index, BMI) yang bersesuaian dengan diri anda, ini bermakna secara tidak langsung anda memberikan bebanan berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda. Oleh itu sangat perlu menurunkan berat badan untuk stabilkan bebadan pada tumit kaki.

Individu Yang Mempunyai Berat Yang Berlebihan (Obesiti).
(2) Individu Dari Ahli Sukan (Pelari)
Dibahagian tumit, terdapat satu tisu khas yang berfungsi untuk menahan hentakan kaki dan menyokong badan ketika berjalan. Malah ia juga boleh menahan hentakan yang lebih daripada berat badan. Ia juga mempunyai tisu lemak yang berfungsi sebagai kusyen penahan hentakan. Pelari biasanya akan berulangkali melakukan hentakan. Potensi sakit tumit adalah tinggi bagi mereka.

Individu Dari Ahli Sukan (Pelari)
(3) Individu Yang Banyak Berjalan 
Seseorang yang asyik berjalan pada satu jarak yang jauh boleh menyebabkan stress pada bahagian tapak kaki terutamanya pada bahagian tumit. Perkara ini boleh menyebabkan kecederaan pada tisu dan menyebabkan keradangan dan kesakitan dibahagian tersebut. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘Plantar Fascitis’. Pekerjaan sebagai jururawat biasanya memerlukan jalan sebagai kerja seharian. 

Individu Yang Banyak Berjalan 
(4) Individu Yang Mempunyai Bentuk Dan Anatomi Kaki 
Lebih dikenali mempunyai tapak kaki rata. Ia terjadi kerana tulang gerbang/ ‘arch’ telah menjadi rata dan menyebabkan sakit dan lain-lain masalah. Bentuk dan anatomi kaki juga memainkan peranan. Kaki yang mempunyai “arch” yang tinggi, tapak yang leper.

Tarsal coalition atau masalah tapak kaki rata yang tegar: Bukan keadaan kaki yang normal. Keadaan ini berlaku apabila kedua-dua tulang tarsus kaki yang sepatutnya terpisah, didapati bersambung bersama. Masalah tapak kaki rata tegar adalah tanda masalah tulang yang boleh memberi kesan kepada kedua-dua kaki.

Individu Yang Mempunyai Bentuk Dan Anatomi Kaki 
(5) Mereka Sering Mengalami Otot Betis Yang Tegang 
Kekejangan otot adalah keadaan di mana berlakunya pengecutan otot yang tidak terkawal secara tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk relaks. Lazimnya, apabila berlaku kekejangan otot, otot akan terasa ketat dan mengalami kesakitan. Kekejangan otot juga boleh berlaku pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan di bahagian tulang rusuk.

Otot betis yang tegang berlaku apabila salah satu daripada dua otot utama di betis anda meregang. Ketegangan otot sering berlaku akibat keletihan otot, penggunaan berlebihan, atau tidak memanaskan badan dengan betul sebelum berlari, berbasikal, atau aktiviti lain yang melibatkan otot kaki anda. 
Mereka ini berpotensi untuk kena sakit tumit jika kerap mengalami otot yang tegang.

Mereka Sering Mengalami Otot Betis Yang Tegang
Untuk itu anda disarankan untuk melihat kebarangkalian potensi terkena sakit tumit pada diri sendiri. Jangan biarkan sakit tumit menghantui hidup seharian anda. Anda mampu mengelakkan sakit tumit ini dari terjadi.
Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian ini
cara kurangkan sakit tumit bagi warga emas
punca sakit tumit selepas bangun tidur

Jika anda hendak tahu cara lain hilangkan sakit tumit dengan betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni seterusnya..
Untuk Pertanyaan 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 
KAK SHIDA DAN EMPAYAR INDAH LEGACY










Post a Comment

0 Comments