5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi

5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi
Pemilihan minyak ikan yang berkualiti adalah perlu kerana ini akan lebih memastikan kesihatan kita akan lebih terjamin. Saya sekeluarga mengamalkan minyak ikan setelah saya dapati banyak perubahan dari segi kesihatan.

Perlukah minyak ikan dalam kehidupan kita seharian? 
Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain.Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi
(1) Syarikat yang berkualiti
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

(2) Ikan kecil atau Ikan Besar?
Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.
Saiz ikan juga dititikberatkan 

(3) Ketulenan dan Keselamatan
Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum - membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.
Penyulingan molekul minyak ikan 

(4) Kelangsungan
Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

(5) Pilih minyak ikan dengan paras omega 3 yang tinggi
Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?

Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja. Yang paling tinggi saya lihat (kecuali Shaklee) adalah jenama Kordel iaitu 200mg asid lemak omega 3, bagi setiap 1000mg minyak ikan. Lihat perbandingan di bawah:
Perbandingan minyak ikan
Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur. Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3.

Jemput baca lebih detail tentang MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE di sini: 


Post a Comment

0 Comments