Walaupun Hujan Ataupun Panas, Tetap Sihat Dengan Vitamin C


Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.

Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, 
sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. Optimumkan tahap vitamin C anda dan nikmati kesihatan 
yang menakjubkan!


Kesihatan Imun dan Sistem Saraf
Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh 
vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun 
dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai 
keperluan vitamin C yang mencukupi, mampu 
mencegah jangkitan berbanding mereka dengan kekurangan vitamin C.


Kulit Berseri dan Tanpa Cela
Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan 
kolagen, sejenis protein yang memainkan 
peranan penting dalam struktur tubuh kita. 
Kolagen mampu meminimumkan kedutan, 
tompok-tompok peningkatan usia dan 
pigmentasi akibat pendedahan kepada cahaya 
matahari. Ia juga membantu menjadikan warna 
tona kulit lebih sekata.


Meningkatkan Penyembuhan
Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, 
membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, 
gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan 
kekurangan vitamin C dikaitkan dengan 
kekurangan pembentukan kolagen dan luka 
yang lambat sembuh. Orang yang mengalami 
kekurangan vitamin C yang teruk mungkin 
kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah 
dan hilang kekuatan tulang mereka.



Menyokong Penyerapan Zat Besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan besi, 
mineral penting untuk pembentukan normal sel-
sel darah merah dan hemoglobin.


TAHUKAH ANDA 

Vitamin C merupakan vitamin 
yang larut air dan cepat 
dikumuh dari badan. Jadi, 
penting untuk memilih rumusan 
Vitamin C terbaik dan boleh 
membebaskannya secara 
berperingkat untuk memastikan 
tubuh mempunyai perlindungan 
yang diperlukan sepanjang hari.


Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk seisi keluarga, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

Untuk Pertanyaan dan Order 👇
ORDER SHAKLEE

Kenali Kak Shida di sini 👇
KAK SHIDA N TEAM INDAH LEGACY


Post a Comment

0 Comments