Master Md dengan Master Iffah peneraju projek ni. Tema untuk majlis ni biru gold. Masak la nak cari baju. Aku ni cerewet bab baju.
Nak dipendekkan cerita, semua barang-barang yang diperlukan aku dapat. Alhamdulillah semua urusan Allah SAW permudahkan. Sangat-sangat mudah.
Tibalah hari kejadian.. hahaha
7:00 pagi - 19/8/2020 : kami bergerak dari rumah. Berhenti di RNR PAGOH untuk bersarapan. Dah set time nak jumpa dengan 2 orang geng viktoria untuk bertemu di situ GEE dan LYZZ. Orang kuat viktoria mereka berdua ni.
10:00 pagi - 19/8/2020 : sampailah tempat di tuju konon nak check in awal tapi masih ada costumer dalam aparment yg kami sewa tu. Murah jer RM205 untuk 2 hari 1 malam.
11:00 pagi - 19/9/2020 : sementara nak tunggu check in dan daftar ke majlis hi-tea, kami pergi la pusing-pusing bandar hilir lepak tepi laut. Walaupun dah nak tengahari tapi angin pantai tu best sangat.
1:00 petang - 19/9/2020 : Aku pun pergi la ballroom di GOLDEN TREE HOTEL untuk pendaftaran. Dah daftar dapat minum air vivix campur performance drink. Tekak memang haus. Lega betul rasa.
1:30 petang / 19/9/2020 : suami aku uruskan check in hotel yang kami booking sebulan sebelum majlis hi-tea viktoria. Sangat puaa hati hotel yang kami pilih. 2 bilik air, 2 bilik tidur dan lengkap dengan peralatan dapur serta view yang menarik dari luar balkoni. Kami berada di tingkat 25. Jom tengok gambar di bawah ni. Paling best ada wifi boleh tengok cerita best-best.
View waktu malam yang sempat aku ambil. Memang jakun la sebab tak pernah duk tinggi-tinggi..hahaha
2:00 petang / 19/9/2020 : aku pun masuklah ke dalam ballroom sebab majlis akan bermula. Rasa gah dan bangga berada dalam tu bersama leader-leader hebat viktoria. Aku bagi jugak la gambo-gambo keadaan di dalam majlis ni sebagai ingatan abadi pada tahun ni.
3:30 petang / 19/9/2020 : kami telah dijamu dengan pelbagai makanan. Memang sedap la semua. Aku cuba semua makan yang disediakan. Bila lagikan nak menikmati hidangan hotel. 🙈🙈😄😄
Sambil makan kami diperdengarkan dengan sharing dari leader-leader hebat dari mula mengenali shaklee hingga sekarang. Sedih aku dengar diaorang cerita pengalaman masing-masing. Hampir kesemua yang berjaya menjadi leader kerana usaha ingin membantu orang lain.
0 Comments