Bangkit - Kisah Benar Agen Shaklee



Assalamualaikum semua.
Ini adalah cerita di sebalik saya menjadi agen Shaklee yang bermula dengan ESP dan OSTEMATRIX sahaja tanpa masuk ahli.

BILA MULA-MULA MAKAN SHAKLEE?
Awal bulan tahun 2014. Saya masuk ahli shaklee pada 13/11/2014. Mommy Rohaiza datang rumah bawak beg hitam. beg yang biasa orang MLM bawak untuk daftarkan saya ahli 🤣🤣. Masa tu saya bisnes macam² jugaklah. 

KENAPA SUKA SHAKLEE? 
Pertama sekali saya beli ESP. Ed Shaklee antara asbab saya dapat puasa ganti selama sebulan tanpa risau anak menyusu badan. The best is tak lapor dan bertenaga. Saya puasa non-stop masa tu sebulan. Sebabnya anak no5 lahir bulan puasa tahun 2012.

Kedua ialah OSTEMATRIX. Yang ni paling win n the best. Sebab saya ni banyak masalah pada sendi. Mane jer tempat urut saya tak pegi kat JB ni. Suami saya memang turutkan jer sebab saya sakit. Sakit nak tau macam ne? Ha ni nak citer sikt la yea  Harap dapat la baca sampai habis. Betul² terkesan pada diri tau. Kalau la masa tu saya ada telefon canggih dah penuh gambo saya bertongkat, bersimen segala bagai macam robot dengan kaki tangan seme bersimen. Merasa pakai psmpers diusia muda. Perrgghh memang tragis la. Kat hos 2 minggu siap jadi jerangkung muka kepot giler.🤣

Sebelum mengenali ostematrix, saya boleh dikategorikan OKU tapi hakikatnya tidak la begitu. 😀

Saya mengalami kemalangan pada 9 Jun 2006 yang mengakibatkan patah tulang peha dan tulang pergelangan tangan. Tulang yang menyokong untuk saya berjalan. Tulang yang kat tangan tu siap terjojol kuar. Sakit dia macam kena karen.😢

Alhamdulillah pada 24 Oktober 2006 saya telah boleh berjalan sepenuhnya tanpa menggunakan tongkat ketiak. 4 bulan recover dek kerana kuat semangat. Masa tu tak de makan apa².

Selang beberapa tahun selapas saya boleh berjalan keadaan kaki saya bertambah parah sehinggakan saya tidak dapat solat berdiri seperti biasa seperti orang lain. Saat itulah paling saya sedih kerana jika solat berjemaah suami solat berdiri dan saya terpaksa solat duduk di belakangnya. Saya betul-betul rasa rendah diri. Dengan sakit tumit yang sangat² kronik. Bisa giler lau bangun pagi nak jejak lantai.

Pada awal tahun 2014 saya di perkenalkan dengan OSTEMATRIX. Dengan hanya konsisten selama sebulan semua masalah saya beransur-ansur hilang. Tulang pergelangan tangan pun dah duduk kat tempat asal dia balik. Alhamdulillah syukur dengan asbab dan izinnya saya kini sudah boleh melakukan aktiviti lasak iaitu HIKING yang sememangnya memerlukan kekuatan fizikal.

Tentunya ada yang tertanya-tanya apakah masalah saya. Takkan hanya tak boleh solat jer. 
Berikut adalah masalah yang saya alami beberapa tahun sebelum mengenali OSTEMATRIX :- 
  • tidak boleh duduk lama di dalam kereta atau di mana-mana juga
  • tidak boleh bawa motosikal 
  • tidak boleh mengayuh basikal 
  • tidak boleh berlari 
  • tidak boleh naik tangga
  • tidak boleh membengkokkan kaki kerana urat terlalu tegang
  • tidak boleh melakukan tugas-tugas lasak
  • tidak boleh solat berdiri
  • tumit sakit 
  • lutut sakit 
  • dan banyak lagi 
Hanya beberapa helai kertas yang membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku. 
Allah swt maha berkuasa. Dengan izinnya saya sihat walafiat sehingga sekarang. Ostematrix antara produk utama saya jual tiap-tiap bulan. 💪💪





Hanya helaian ini yang dapat saya buat kenang-kenangan.

MACAMMANA BOLEH TERFIKIR NAK JUAL SHAKLEE? 
Semuanya asbab Ostematrix. Dah makan dah rasa perubahan yang paling the best. Saya bermula dengan kawan sekeling terutamanya costumer yang beli barang² jualan saya. Saya jumpa diorang saya cerita. Pada saya, saya betul² nak tolong diorang. Sebab kawan² saya banyak mempunyai masalah lutut dan tumit. Melalui tu la saya dapat jual ostematrix. Masa tu bg harga kesian je tau sebab niat nak tolong. Dapat untung Rm5 pun dah rasa besar dah. Tak pernah terfikir nak cas cod segala bagai. Maklum ler baru nak berjual.

BAGAIMANA DAPAT RANK SUPERVISOR? 
Masa tu saya masih tak tau apa itu rank. Tak tahu pun kelebihan naik rank. Yang saya tahu bonus bila naik supervisor 4 angka. 
Yang paling banyak tolong opcos la Mommy Oja. Dialah yang banyak bagi support. Saya banyak kacau dia. Banyak tanya. Tiap² hari tanyer. Set itu set ini, cara makan, kenapa dan mengapa. Ishh banyak benor la. Kadang² tu mommy oja lambat jawab eee rasa nak marah sebab masa tu dah datang isim nak meniaga. Dah naik syiok arr kira.

Masa tu pun belum faham sangat. Maklum saya kan loading. Lambat faham. Bi pun hancusss.
Mommy oja nampak uv saya naik dan terus naik. Dari situ lah dia naikkan saya SUPERVISOR. Dapat pulak bonus reward Shaklee bagi 2k la tak silap. Haaaa terus beli cincin belah rotan. 🤣🤣 Dah xde dah cincinyer sebab dah tuko dengan gelang pulak. 
Nampak gelang ingatlah bonus shaklee naik rank.
Masa dapat award pun masih bler² tau. 

Beli barang semua dengan mommy oja tak pernah order online sendiri, tak pernah g branch. Pasang dalam hati ni dari awal aku boleh buat bisnes ni tapi aku tak nak gi branch. Haaa nampak tak? Jahatnya kamu 🤣🤣

Kumpul² order minta mommy barang. Walau saya mintak barang tapi bayaran cantik je tau. Tanyer la mommy. Tak pernah lewat tau. Tiap² bulan ontime. Lau lewat tu sikit la. Tak de lah sampai sebulan. Paling pun 5 hari. Haaa githuuu.

Bonus dari 2 nombor jer 20 hengget, 30 hengget. Alahai hai. Tapi yang tu tunggu tiap² bulan. Macam besar tau rasa dia dapat bonus. Tak terlintas ckit pun 'ala cikitnya' atau apa je..



PERNAH NAK STOP JUAL SHAKLEE? KENAPA? 
Ini memang pernah terjadi. Rasa semua pun nampak. Saya left group. Sebab besar saya terfikir nak stop sebab masa tu saya ada masalah paling besar. Yang melibatkan semua. Totally habis dalam erti kata kehidupan hati, perasaan, dalaman dan luaran. Ha masa tu memang hancur, crack segala bagai. Nangis tu tak payah cakap la. Mane boleh tak nangis wajib tu woii. 🤣🤣  Bukan give up la tapi nak bersendirian. Bisnes lain tetap on. Shaklee je tak nak on.

Saya tak boleh share dengan semua orang. Biarlah dia berada di dalam hati ni untuk saya jadikan pelajaran dalam hidup. Dan saya rasa masalah yang bertimpa² saya hadapi tak semua boleh dapat terima dengan redho. 

KENAPA SAYA BANGKIT? 

Satu je sebab yang saya jual shaklee semula. Sebab anak² downline saya yang masa tu dah ramai lebih kurang 50 orang. Saya terfikir macam mana diorang nak dapatkan barang. Yang dah ada perubahan mesti nak makan setiap bulan. Kesihatan diorang mesti down.
Tu sebab la saya bangun haa walau diri sendiri bergolak tapi masih fikir orang lain.

Saya bangkit nak jual Shaklee sebab saya nak terus bagi emakabah saya makan shaklee. Saya bangga pada diri saya sendiri kerana sehingga sekarang tak pernah putus setiap bulan untuk bagi mereka Shaklee dalam angka Rm100-Rm300 sebulan. Saya tak bagi mereka dalam bentuk duit. Tapi saya bagi dalam bentuk ini. 

Dulu masa dengan shaklee mak saya siap berhutang dengan saya sebab nak minum Esp dengan Ostematrix. Haaaa cian kan dengan mak pun hutang.🤣🤣🤣

BAGAIMANA SAYA EFEKTIF LEADER?
Citer ni memang paling best la pada saya. Sebabnya satu je niat saya bahawa saya nak pergi BLNC tahun 2020 dengan hasil usaha saya sendiri.
Awal tahun Master Suraya dah ingatkan mesti efectif 3 bulan dalam cycle.

Bulan 10 tahun 2019. Bermulanya saya pergi ke branch ulang alik setiap minggu kesana. Iklan dan terus iklan. Reka ayat sendiri yang boleh buat orang rasa wauuuu, tercengang, teeperanjat, terkesima bila baca ayat saya. Saya punyer ayat iklan memang suka menakutkan orang. Takut tapi betul la, bukan main bohhh je cakap tak de fakta. 

Contoh tak jaga kolesterol compom la sekat saluran darah ke jantung. Bila dah tersekat compom la mati sebab jantung tak boleh pam.. Haaa gituuuu 😀. Banyak la benda lain nak takut²kan. Memangnya kalau penyakit ni kan ada sebab dia kenapa boleh jadi. Sakit tak datang kalau bukan kerana diri sendiri yang rosakkan badan. Allah tu dah bagi helok je. Kita yang rosakkan. Makan pun tak jaga. 
Tapi kena juga terima setiap orang Allah bagi ujian tak sama. Ada tu dari lahir dah ada sakit kan? Tapi bukan sakit kencing manis, darah tinggi dan lain². Betul tak? 

Ok sambung balik.
Anak downline ramai. Dah memang dah jadi tanggungjawab saya untuk terangkan pada diorang satu persatu produk shaklee. Ada jugak dalam ramai² tu tak kenal produk shaklee. Majoriti anak² downline saya adalah makan sendiri. Jadi point utama nak jadikan dorang tahu produk shaklee walaupun makan sendiri tapi sihat. Tak semestinyer menjual.

Saya nak anak² downline saya menjual shaklee bukan kerana saya push untuk menjual. Biarlah bisnes itu datang dari hati mereka sendiri. Seperti mana mommy oja tak pernah langsung paksa saya jual shaklee. Semuanya datang dari hati saya secara sukarela. 

3 bulan saya buat sendiri modal sendiri tenaga sendiri. Opcos la tenaga sendiri takkan nak pinjam orang lain. 🤣🤣🤣
Dari bulan 10-12 tahun 2019, saya berjaya effektif leader dengan bergaya. Bangga sei dengan diri sendiri.
2500guv-3000guv dalam genggagam 

SELAIN USAHA, APA YANG SAYA BUAT?
Bab ni memang semua pun tahu lah kan. Dalam kejayaan kita Allah swt ada pemberi apa ya kita nak. 
Solat 5 waktu, tahajud setiap hari dan dhuha. memang menjadi amalan saya setiap hari. Mesti saya baca selepas solat tahajud.

  1. Surah Al-Kahfi
  2. Surah Al-Mulk
  3. Doa witir walaupun saya tak buat witir
  4. Doa taubat walau pun hanya bacaan 
  5. Selawat Fateh 
  6. Surah Ar-Rahman
  7. Selawat Nariyah
  8. Surah Al-Waqiah
  9. Dan ada satu lagi doa yang saya amalkan pemberian dari seorang kawan pada saya. Di bawah ini




Saya share apa yang saya buat bukan untuk di puji atau rasa berbangga diri. Nak buat atau tidak itu terpulang pada diri masing-masing.

Saya yakin kerana amalan inilah doa saya dimakbulkan oleh ALLAH PENCIPTA ALAM. 
Dalam sebuk berusaha di alam realiti. Jangan lupa ada yang memerhati tujuan kita jugak.

JANGAN LUPA DALAM SETIAP DOA KITA UCAPKANLAH 
"Terima kasih ya Allah kerana kau telah berikan aku rezeki yang melimpah ruah tanpa henti"

Dan doa yang saya selitkan dari awal bulan selepas solat tahajud ialah
"Terima kasih ya Allah kerana bagi aku 4000uv bulan ini" 

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAFTARKAN AHLI SERAMAI 16 ORANG BULAN INI?
Kebanyakkan mereka ada yang dah makan shaklee.
Bulan ni diorang buat pembelian. Saya terus kira beza harga ahli dengan bukan ahli dengan cara bagitau persen sajerr.

Dulu saya kurang cerdik bagi harga murah. Saya tak pernah terfikirb pun periuk nasi orang lain. 
*Jangan potong jalan orang, Jangan cantas rezeki orang*
Ini yang saya buat sekarang. Saya bagi harga sebagaimana shaklee tetapkan.
Alhamdulillah. Maka inilah hasilnya 👇


MACAM MANA BOLEH DAPAT 5000GUV?
Sebenarnya saya pun tak sangka boleh sebanyak tu. Iklan macam biasa, buat macam biasa. Yang saya perasan saya suka tonjolkan diri saya yang saya jual Shaklee. Di Fb, status wasap, status facebook dan blog. 

Penerangan tanpa henti yang saya beri untuk anak² dan cucu² downline. Tu yang paling penting untuk saya. 

Saya memang target untuk dapatkan ahli baru ramai bulan ni untuk bagi mereka harga murah.
Bagaimana caranya? Saya akan terangkan secara kumpulan.

Saya memang suka jaga anak downline. Dari A-Z saya nak mereka faham setiap produk Shaklee. 

Inilah hasil saya untuk dapatkan lebih ramai ahli baru pada bulan Mac. Paksa diri untuk sahut cabaran BARNET walaupun ramai lagi yang dah layak. Sekurang²nya saya dah buat. Saya dah push diri sendiri yang saya juga boleh buat.
👇


ALHAMDULILAH.. INI LAH PERJALANAN SAYA BERSAMA SHAKLEE. PENUTUP CYCLE TAHUN 2019-2020.
SAYA HARAP SAYA DAPAT MEMAJUKAN DIRI SENDIRI DAN EMPAYAR INDAH LEGACY. DAPAT SAMA-SAMA MENJANA PENDAPATAN WALAUPUN SUDAH ADA KERJA HAKIKI.

Disebalik apa yang saya buat sudah semestinya dengan izin suami. Dia tak pernah mengiakan dan menidakkan apa yang saya buat. Cuma saya tau dia mesti skodeng aktiviti saya. 🤣🤣🤣

Terima kasih Allah..
Terima kasih kepada emak abah saya RAHMAT BIN TUMIJAN dan TUMILAH BINTI KARSID
Terima Kasih Coordinator Rohaiza Bachok
Terima kasih Master Suraya Mohamad
Terima kasih kepada anak-anak dan cucu-cucu downline saya yang kini sudah lebih 100 orang yang berada di bawah team INDAH LEGACY.

JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 

Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat

Twitter ≠ Shida Rahmat

Youtube ≠ Shida Rahmat










Post a Comment

1 Comments

Hebat kak shida. Alhamdullillah dan tahniah sekali lagi. Menjadi satu inspirasi buat Diri ini. Terima kasih kak shida Di atas perkongsian ini. Love u sahabat hebat.👏👏👏