Covid-19 : Ingkar Arahan Boleh Didakwa



Anda TIPU maklumat Covid 19?
Anda MENGELAK dari dikuarantin?
Anda INGKAR arahan kuarantin?
Anda BOLEH DIDAKWA mengikut AKTA 342!!!

Kerajaan dah keluarkan arahan perintah KAWALAN PERGERAKAN. Bukan PERINTAH BERKURUNG. Kita boleh lagi keluar rumah untuk beli barang keperluan. Yang penting sahaja. Sebagai langkah mencegah merebaknya COVID-19.

Kita sebagai rakyat buatlah usaha sehabis baik. Ikuti arahan kerajaan. Jangan pentingkan diri. Duduk di rumah. Bila banyak masa di rumah kita akan lebih rapat dengan anak-anak dan pasangan. Solat berjemaah. Ajar anak mengaji.

Jangan terlalu risaukan rezeki. Rezeki adalah milik Allah. Ketika ini kita sedang di uji, bagaimana besarkah kebergantungan kita pada Allah.

Bertenang tapi tetap berhati-hati. Tak perlu panik. Belanja macam biasa. Perdana Menteri pun dah cakap barang makanan mencukupi. Tambahkan ibadat, kuatkan iman dan akidah kita. Sesungguhnya segala yang terjadi adalah dengan izin Allah. La haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim.





Makluman dan arahan terkini dari Ketua Polis Daerah Dungun
[MOVEMENT CONTROL ORDER/
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN]

Ramai yang tanya mengenai majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya.
Jawapannya TIDAK dibenarkan. Kerana ia adalah suatu perhimpunan sosial.

Jika ingkar bagaimana?
Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.

Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.


KERJASAMA DARI RAKYAT MALAYSIA AMATLAH DIPERLUKAN. AYUH SEMUA KITA KUARANTIN DIRI KITA DAN ORANG-ORANG TERSAYANG

JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 😍

Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Post a Comment

0 Comments