10 Punca Resdung Yang Perlu Anda Ketahui


Assalamualaikum.. Ramai yang bertanya tentang set Resdung Shaklee. Hari ini saya kongsikan APAKAH RESDUNG DAN PENYELESIAN DENGAN PRODUK SHAKLEE 

Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut

TANDA-TANDA RESDUNG
  1. gatal-gatal pada bahagian hidung dan muka
  2. kerap bersin
  3. batuk gatal pada kerongkong
  4. hidung tersumbat
  5. pening dan sakit kepala
  6. kelemumur yang luar biasa
  7. demam atau keletihan yang berpanjangan
  8. sakit/berat pada bahagian mata, dahi dan pipi .


10 PUNCA RESDUNG YANG PERLU DIKETAHUI.
Punca 1 – Virus
Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. 
Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. 
Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikana nya tersumbat. 
Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

Punca 2 – Alahan
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. 
Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain. 
Menurut Sonia Bains (pembantu Professor (MD)) dari Division of Pulmonary, Critical Care, Allergy and Sleep Medicine di Univerisiti Perubatan Carolina Selatan; mereka yang mempunyai alahan lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal. Makanan laut, debu, bulu binatang antara alahan biasa yang kita dengar.

Punca 3 – Bakteria
Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. 
Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. 
Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.

Punca 4 – Polip Hidung
Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. 
Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. 
Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’/resdung.“Batu permata” kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. 
Alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan pembengkakkan jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. 
Mereka yang mempunyai masalah polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

Punca 5 – Udara Tercemar dan Bahan Kimia
Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. 
Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu. 
Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung.

Punca 6 – Mandi Di Kolam Renang
Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’, ini fakta yang perlu diketahui. 
Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’. 
Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam.
Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja. Kandungan klorin di dalam air akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.

Punca 7 – Jangkitan Kulat (Fungi)

Jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. 
Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’. 
Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. 
Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

Punca 8 – Merokok

Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. 
Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’. 
Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.
“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

Punca 9 – Kekurangan Air/Udara Yang Kering
Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. 
Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.
Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

Punca 10 – Struktur Hidung yang Berbeza
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. 
Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.
Saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. 
Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. 
Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

KELEBIHAN SET RESDUNG SHAKLEE
Alfalfa Complex

  • Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung ( sinuisitis)
  • Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives), dan resdung (sinuisitis) .
  • Penghidap penyakit SLE tak digalakkan mngambil Alfalfa sebagai suppliment .

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. 
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
  • Membantu dalam membina protien dalam tubuh .

Vitamin C

  • Sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan menghadapi serangan penyakit
  • Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh
  • Memastikam proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

TESTIMONI SET RESDUNG 




Ini adalah antara punca-punca jangkitan ‘sinus’ yang menyebabkan resdung (punca-punca biasa) pada manusia. Cuba perhatikan, punca yang manakah selalu menjadi faktor berlakunya resdung pada kita?

Resdung tak sama dengan selsema. Kebiasaan masalah resdung akan dihadapi dalam suatu tempoh yang panjang dan berlarutan jika tidak dirawati. Jangan tak tahu, resdung boleh menyebabkan telinga kita PEKAK dan pelbagai simptom lain.

Simptom pesakit Resdung?
  • Mudah bersin
  • Sensetif dengan cuaca dan habuk
  • Hidung berair / tersumbat
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Lelah
  • Sakit tekak
  • Tidur berdengkur
  • Jangkitan nanah sekitar mata
  • Jangkitan otak
  • Jangkitan tulang muka
  • Jangkitan telingan dan tonsil
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Pekak


Tamatkan segera masalah yang kita hadapi bertahun-tahun lamanya. Jangan biarkan ia membusuk dan membunuh tubuh kita dalam diam.
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 

Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat



Post a Comment

0 Comments