Tapi jantung kita ni dah memang ditetapkan ada 1 jer.
Lau jantung kita ni dah tak boleh pam darah maka tamatlah riwayat kita tanpa halangan. Dah tahukan ni?
Jadinya bila masa kita nak jaga jantung?
Mulalah dari sekarang.
Belum tentu esok jantung kita akan berfungsi macam hari ini. Beri nutrisi secukupnya untuk jantung kita.
PENYEBAB SAKIT JANTUNG
Kolestrol tinggi dan strok terjadi apabila pembentukan kolestrol berlebihan punca ARTERI sempit dan berlakunya sekatan aliran darah.
Kolesterol berlaku tidak semestinya pada mereka yang berumur je tapi orang muda pun boleh kena tau.
Kalau korang pernah baca kisah seorang pemain bola keranjang terkenal kebangsaan iaitu Jacky Ng Kiat Kee meninggal dunia di China sebab sakit jantung.
Baru je umur 25 tahun, sakit jantung ni salah satu penyebab dia adalah kolesterol tinggi. Takut kan? Mati mengejut ni mintak dijauhkan.
Jangan pandang ringan kes kolesterol tinggi ni kena rawat awal. Kolesterol tinggi juga boleh mengakibatkan stroke. Semua tu sakit yang kronik dan bahaya.
KOLESTEROL KOLESTEROL KOLESTEROL
Sejauhmana kolesterol berbahaya
SOALAN
DOKTOR, saya baru membuat pemeriksaan kesihatan. Terkejutnya saya apabila doktor memberitahu paras kolesterol saya sangat tinggi. Bolehkah doktor terangkan apakah sebabnya? Apakah panduan untuk saya menurunkan paras kolesterol saya?
JAWAPAN:
KOLESTEROL ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh. Ia mempunyai pelbagai 'tugas' seperti penghasilan hormon, fungsi otak, saraf, penghasilan vitamin D, keanjalan kulit dan fungsi-fungsi sel yang lain.
Kolesterol tidak berbahaya jika tidak berlaku keradangan kronik. Keradangan merupakan punca utama masalah arteriosklerosis yang mana saluran darah menjadi keras dan tidak lagi elastik.
Berdasarkan kajian terkini, keradangan merupakan ‘akar kepada pelbagai penyakit’ termasuklah penyakit jantung koronari.
Tuan, kita selalu ditakutkan dengan makanan berminyak atau berlemak dan makanan kolesterol tinggi sebagai punca kepada peningkatan paras kolesterol dan penyakit jantung.
Pun begitu, makanan yang menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular adalah disebabkan peningkatan keradangan dalam tubuh seperti lemak trans, gula pasir dan karbohidrat proses.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan menyokong fakta bahawa makanan berkolesterol dan berlemak bukan punca kepada kolesterol tinggi dan risiko penyakit kardiovaskular.
Makanan yang menyebabkan peningkatan keradangan itu disebabkan lemak trans, gula pasir dan karbohidrat proses.
Malahan kajian juga menunjukkan pengambilan lemak sihat seperti, minyak kelapa, minyak ikan, minyak kelapa sawit meningkatkan paras HDL (kolesterol baik). Ia menurunkan paras LDL (kolesterol tidak baik) dan mengurangkan radang dalam tubuh.
Selain itu, terdapat beberapa faktor seperti genetik, kurang aktiviti fizikal, stres yang tidak terkawal dan hormon tiroid yang rendah memberikan kesan kepada paras kolesterol.
Cara mudah menurunkan paras kolesterol adalah dengan mengambil sayur-sayuran hijau. Bayam, kangkung dan sawi setiap hari membantu menurunkan kolesterol dan keradangan dalam tubuh.
Buah-buahan juga boleh membantu mencegah pengoksidaan kolesterol LDL. Buah-buahan juga bersifat antikeradangan kerana khasiatnya yang lengkap dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat tinggi.
Tuan perlu memastikan makanan yang diambil seimbang dan mengelak makanan yang tinggi gula, lemak trans dan makanan karbohidrat halus seperti tepung gandum termasuklah makanan proses secara berlebihan.
Jangan lupa untuk bergerak secara aktif dan bersenam selalu di samping mengawal stres dan mendapatkan tidur yang secukupnya.
SET CADANGAN JANTUNG SHAKLEE
HARGA SET :- RM285
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 😍
Untuk info lanjut
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat
0 Comments