Assalamualaikum semua...
Semoga hari ini anda semua dikuniakan rezeki yang melimpah ruah.
Entri saya kali ini adalah sedikit perkongsian dari diri saya sendiri pada hari jumaat yang lepas.
Bukan niat di hati untuk berasa riak. Tetapi saya ingin mangajak semua percaya bahawa Allah swt tu sentiasa adil kepada setiap umatnya.
Saya ingin mengajak anda semua bersyukur dengan sesuatu yang kita dapat masa ke masa, hari ke hari, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun.
Kisah ini terjadi pada pagi jumaat saya keluar rumah untuk menghantar barang Shaklee iaitu Esp di rumah seorang ustazah kerana dia hendak berpuasa keesokkan harinya.
Segera saya hantar padahal saya sudahpun beritahu ustazah yang saya akan hantar petang.
Dalam perjalanan menghantar barang tersebut, saya singgah beli sarapan untuk anak-anak di rumah. Masa tu saya sudah pun naik ke atas moto, lalu saya turun semula membeli lagi 3 bungkus nasi lemak untuk diberikan kepada ustazah.
Niat di hati hanya satu " ini adalah sedekah yang aku buat untuk hari jumaat ysng mulia ini".
Dipendekkan cerita, harga 3 bungkus nasi lemak telah terbalas dengan seorang costumer yang membeli Ostematrix Shaklee tanpa mahu saya pulang semula baki wang. Di saat itu saya sudah terpegun dan bersyukur.
Allahuakbar, sungguh hebat keajaiban Allah swt di atas setiap makhluk ciptaannya. Setiap sesuatu pasti ada hikmah menanti.
Bukan itu saja, pada hari yang sama saya juga telah dilimpahkan dengan rezeki yang terlalu banyak iaitu pemberian 2 biji pelam, dan lambakan makanan-makanan harijadi orang lain yang diberikan kepada saya sekeluarga. Allahuakbar.
Terkadang kita tidak perasan Allah swt itu memberi nikmat. Sehingga sekarang peristiwa ni benar-benar menyentuh jiwa saya.
Bukan saya tidak pernah menyedari hikmah Allah swt. Tapi kali ini saya rasa sangat berbeza. Rezeki Allah swt itu sangat luas di mana jua kita berada.
Rezeki saya tidak terhenti pada hari jumaat itu sahaja. Bila ada costumer yang membuat bayaran barang Shaklee melalui bayaran online telah melebihkan bayaran. Dia menolak sekeras-kerasnya untuk saya pulangkan baki wang itu.
Nikmat Allah swt apa lagi yang nak kau dustakan
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Kisah ini hanya bertujuan untuk sama-sama kita muhasabah diri supaya diri kita lebih dekat kepada yang maha pencipta.
Wassalam
0 Comments