Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Dunia



SALAM 2019..
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal.

Kalau sebut MINYAK IKAN atau DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3.
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA.
Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                
Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.


Kenapa OMEGA GUARD SHAKLEE berbeza dengan minyak omega yang lain.?
Minyak Ikan Berpekatan Tinggi :
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

KENAPA KITA PATUT SUKA OMEGA GUARD SHAKLEE ?
Sahabat Laut :
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan
1) Menyokong Kesihatan Jantung 
  • Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.
  • Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak.
  • Dan keradangan ni boleh juga berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik.
  • Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok. 
Cara Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti
  1. Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung.
  2. Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.
  3. Omega 3 membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride. 
2) Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
  • Tau tak? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak.
  • Untuk otak, DHA dan EPA ni bantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk mengoptimumkan keupayaan otak.
  • Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan.
  • Omega 3 Meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus.
  • Omega 3 juga beri kesan kepada mood, iaitu bantu mengurangkan stress iaitu (mood yang baik).
  • Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimer (lupa).
  • Untuk ibu hamil pula, Omega 3 membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan. Baca Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil
3) Menyokong Fleksibiliti Sendi
  • Bila sebut bab kesihatan sendi ni, teringat mak di kampung.
  • Bila pergi surau masjid kesian tengok pak cik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang sangat berharga.
  • Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan.
  • Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya , orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3.
  • Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi .
  • Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan.
  • Di samping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi.
4) Nutrisi Penting untuk Ibu Hamil Menyusu
  • Omega 3 ni sebenarnya sangat diperlukan sepanjang kehamilan.
  • Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
  • Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan- bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko preclamsia (tekanan darah tinggi ketika hamil)
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko bayi mendapat alergi/ ekzema selepas kelahiran.
  • Omega-3 membantu menguatkan imunisasi bayi.
  • set hamil shaklee
  • Untuk ibu menyusu/ berpantang selepas bersalin, pengambilan omega-3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai anda tak konsisten ambil Omega ketika hamil, boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus , ibu dapat slim down selepas beranak.
  • Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak.
5) Menyokong Kesihatan Kulit
  • Omega-3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.
6) Meningkatkan Fungsi Imun
  • Omega-3 mebantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan.
7) Meningkatkan Kesihatan Sperma
  • Ia Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.


Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh.
Rugi bagi yang ambil mudah akan pengambilan Omega-3.

Kalau luaran kita nak cantik macam umur 20-30an. Apa salahnya kalau kesihatan badan dan minda (otak) kita pun cantik macam 20-30an kan.
Hadiahkan pada diri-sendiri, suami, ibu ayah, mertua dan orang tersayang.

Omega Guard ni pendek kata supplemen yang paling asas dan essential. Sebab seisi keluarga boleh amalkan dan diperlukan.

SOALAN CLASS OMEGA GUARD 

1- Pesakit yang ambil ubat cairkan darah boleh ke ambil Omega Guard
- perlu dapatkan nasihat doctor yang merawat sebelum pengmbilan minyak Ikan /omega.

2- Start umur berapa boleh amik omega guard ni.
- saranan untuk dewasa, 18 tahun ke atas

3- Berapa bilangan kapsul Omega Guard mengikut peringkat umur
- 18 tahun ke atas pengambilan 3 biji sehari.

4. Bagaimana pengambilan omega guard untuk pesakit asma atau yang sering batuk-batuk?
- jika ada mengambil ubat,  perlu dapatkan nasihat daripada doctor dahulu.  Saranan yang boleh dicadangkn sama seperti biasa iaitu 3 biji sehari.

5. Jika mengambil lebih dari yang disarankan di botol 3 bji sehari selepas makan? Apa kesan sampingan?
- bergntung pada individu, jika individu tersebut perlu mengambil lebih 1000mg sehari,  ia tiada kesan sampingan.

6. Adakah dose omega guard untuk ibu hamil sama dengan yang biasa?
-ya,  dos yang sama.  Kecuali ibu tersebut ada mengambil ubat darah tinggi daripada hospital,  dos hendaklah mengikut saranan oleh doctor.

7. Bagaimana omega guard boleh bantu untuk kuruskan badan / bakar lemak?
- sebenarnya ia memebantu menurun kan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam badan yang berada dalam salur darah.

8. Bagaimana Omega guard membantu untuk gout
- mempunyai sifat anti keradangan dan menimgkatkan sistem imunisasi badan.

9. Siapakah golongan (pesakit) yang tak digalakkan mengambil omega?
- orang yang mempunyai penyakit dan mengambil ubatan daripada hospital,  especially ubat yang menurunkan tekanan darah/kolesterol.

10. Macam mana Omega Guard membantu dalam mengurangkan serangan bronchitis/asthma?
- kerana omega3 mempunyai sifat anti keradangan serta boleh meningkatkan sistem imunisasi badan.

11. Betulkah tidak digalakkan pengambilan Omega pada akhir trimester ke 3 bagi ibu hamil kerana Omega boleh cairkan darah?
-ia digalakkn jika ibu tersebut tiada masalah berkaitan tekanan darah.  Ini kerana trimester ketiga memerlukan dha n epa yang mencukupi untuk perkembangan optimum otak serta penglihatan.

12. Bagaimana dos omega untuk kanak-kanak berumur 5 tahun yang ada eczema
- hendaklah mendapatkan nasihat daripada pediatrician terlebih dahulu.

13. Bagaimana DHA dalam omega 3 membantu perkembangan bayi
-  ia memulakan building block membrane untuk sel otak serta sel saraf.

14. Bagaimana Omega bantu ibu dalam pantang?
-untuk menghasilkan susu ibu berkualiti, yang mempunyai dha serta epa.  Selain itu, membantu untuk anti keradangan serta kesihatan kulit.

CARA MAKAN OMEGA GUARD SEMASA HAMIL

Perlu tahu kebaikan Omega Guard masa mengandung:
1. Bekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi.
2. Membantu mengawal stress ibu.
3. Paling best, bantu mengawal berat badan ibu semasa mengandung. Tak ada la berat badan naik mendadak walaupun hamil kan.
4. Kuantiti yang perlu diambil, 2 kapsul sehari.

Omega Guard diambil oleh ibu mengandung selepas trimester ke-2 dan ke-3. Semasa trimester pertama, ia tak digalakkan lagi kerana otak bayi belum terbentuk lagi.

Pengambilan Omega Guard juga perlu dihentikan 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Atau, hentikan pengambilan semasa minggu ke-32. Ia untuk mengelakkan berlakunya darah cair semasa bersalin. Sebab itu, penting untuk mendapatkan konsultan yang betul untuk mengajar kita cara makan Omega Guard dengan betul ok.

CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK DEWASA (KURUS)

Perlu diingat, Omega Guard lebih cepat kesan dia untuk kurus berbanding Lecithin. Bezanya seperti kita naik kapal terbang dan naik kereta la. Faham kan. Cuma, lecithin lebih banyak dipilih kerana harganya lebih murah dalam masa yang sama mampu mengemulsi lemak dengan berkesan.

1. Maksimum pengambilan Omega Guard adalah 3 biji sehari. Tak boleh lebih tau.
2. Ia tak elok diambil semasa perut kosong. Seeloknya, makan selepas makan. 1 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas makan tengahari.



SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE
1) Ibu Hamil. Kenapa???
  • membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • membantu mengurangkan berat badan yang mencanak naik semasa hamil
  • mengawal kenaikan berat badan

2) Ibu yang menyusukan anak. Kenapa???
  • Omega Guard Shaklee akan menyalurkan Omega-3 untuk sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak bayi.
  • sangat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan. Best kan? Maka, semakin cepat la ibu-ibu ni kurus. Dalam pantang wajib ambil ni tau. Elok juga untuk membantu mengatasi kembang-kembang urat akibat sejuk atau terlalu banyak main air.
3) Kanak-kanak. Kenapa??
  • Omega Guard Shaklee membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya kanak-kanak yang sering demam, selesema, batuk asma dan ekzema.
4) Mereka yang ada masalah berat badan. Kenapa???
  • Omega Guard Shaklee membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin.
  • Meningkatkan hormon leptin yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.
5) Mereka yang sering mengalamai masalah kesihatan. Bagaimana tu???
  • Mereka yang kerap batuk berkahak dan selesema yang berterusan.
  • Sering mengalami sakit sendi dan masalah kolesterol yang tinggi
  • Strok 
  • Hypertension




Tulisan Dr Zubaidi Ahmad tentang kebaikan Omega 3.

Antara kebaikan Omega 3 pada jantung ialah adalah:
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan risko kematian akibat serangan sakit jantung.
  • Mengurangkan risiko denyutan jantung yang tidak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan serangan sakit jantung kali ke 2 bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelumnya.

Kebaikan Omega 3 pada saluran darah.
  • mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
  • mengurangkan risiko pembentkan plaq dalam saluran darah.
  • mengurangkan rasa lenguh (claudication) pada kaki akibat penumbatan pada saluran darah di kaki
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dan membantu mengurangkan tekanan darah pada pesakit darah tinggi. 

Kebaikan Omega 3 pada tahap kolestrol dan penyakit stroke
  • mengurangkan tahap kolestrole jahat (Triglyceride).
  • mengurangkan risiko mendapat serangan stroke

Kebaikan Omega 3  sebagai anti-radang dan antioksida
  • mengurangkan radang pada penyakit sendi terutamanya rheumatoid arthritis.
  • mengurangkan radang dalam usus
  • memberikan kesan positif kepada penyakit autoimmune disease
  • memberikan kesan positif pada penyakit eczema, asthma dan resdung (allergic rhinitis)

Credit to: Page Dr Zubaidi
https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/1052691944750880



HARGA OMEGA GUARD SHAKLEE : RM137

Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat



Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
Sy nk tnya,cara mkn capsule ni mcm mna??ditelan atau kulit dibuang??sbb ank² keliru.
shidarahmat said…
Terima kasih sebab tanya. Kulitnya adalah yang terbaik jika dimakan sekali. Khasiatnya sangat tinggi