Kenapa Perlu Ambil Supplemen


  Tajuk isu kali ini bukanlah sesuatu yang biasa tetapi sangat luar biasa. Kenapa ia menjadi luar biasa? Ini kerana ia berkaitan dengan kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.

  Ramai yang berfikir, saya sihat. Saya cergas sebab saya boleh melakukan kerja-kerja berat malah boleh juga bersukan. Semua okey, jadi tak perlulah nak ambil supplement. 

  Tapi adakah kita sedar bahawa usia kita semakin hari semakin meningkat? Bila meningkat umur, semua organ dalam badan kita pun meningkat tua..

  Cuba fikirkan sejenak, selama ni dan sampai ke hari ini macam mana pemakanan kita? Apa kita makan..? Adakah apa yang kita makan sudah cukup mengisi kekurangan nutrisi dalam badan?
Jawapanya sudah tentunya tidak sama sekali.

  Sedar tak sedar segala toksin, lemak, minyak perlahan-lahan berkumpul dalam setiap genap pelusuk di dalam badan kita. Itu tak termasuk lagi pengawet yang kita guna.

  Sampai satu masa tetiba ditimpa SAKIT yang tidak di beri apa-apa isyarat. Bukan nak takut-takutkan tetapi inilah hakikat yang perlu kita terima.

  Untuk golongan wanita khususnya, lagi banyak risiko penyakit seperti cyst,  fabroid, senggugut, kitaran haid tak teratur dan macam-macam lagi.

  Oleh sebab itulah kita PERLU AMALKAN SUPPLEMENT dengan tujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.

  Ramai antara kita yang masih ragu-ragu akan kepentingan supplement kepada diri kita. Ada yang fikir, dah makan sayur-sayuran, buah-buahan, minum susu setiap hari dah cukup lengkap nutrisi. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu tentang kemana hilangnya nutrisi makanan sebelum masuk ke mulut dan seterusnya ke dalam perut kita.

  Proses penanaman, proses penyimpanan, proses memasak semua tu perlu kita perhatikan betul-betul. Benarkah kita dapat 100% zat makanan tu?

KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMEN

🌷 Pencemaran 
- Tahap pencemaran semakin meningkat dari hari ke hari. 
- Tambah memburukkan keadaan apabila perkara yang menjadi nadi kehidupan iaitu udara yang anda hirup dan air yang anda minum juga turut tercemar, sebab tu la anda kena ambil supplement untuk menyahtoksinkan badan anda.

🌷 Keperluan Nutrisi 
- Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. 
- Ada sebahagian nutrisi yang tubuh anda perlukan lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain.

🌷 Buah-buahan dan sayur-sayuran telah tercemar dan kurang nutrisi 
- Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam menggunakan racun perosak yang menyebabkan ianya telah tercemar semasa proses penanaman lagi.

🌷 Gaya hidup 
- Gaya hidup masa kini adalah antara penyumbang terbesar kepada punca pelbagai penyakit. 
- Antaranya ialah 'fast food' sebagai makanan ruji, rokok sebagai lambang kematangan, tidak bersenam dan lain-lain.

🌷 Berlebihan Semasa Makan 
- Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan. 
- Masalahnya kebanyakan makanan tersebut adalah yang boleh memudharatkan kesihatan. Contohnya roti canai, nasi lemak, ABC dan lain-lain lagi.

🌷 Penyerapan Nutrisi 
- Masalah yang sering berlaku ialah apabila tubuh gagal menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan. 
- Antara faktornya ialah pengambilan makanan atau minuman yang boleh mengganggu penyerapan sesuatu nutrisi.

🌷 Kehilangan Nutrisi 
- Majoriti makanan yang anda makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediaannya lagi. 
- Ini menyebabkan anda hanya dapat rasa lazat daripada makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.




" Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan, In Sha Allah."


 Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, MScAARMMA, FAGE)


KENAPA MAKAN SUPPLEMENT TAK BERKESAN?? 

KENAPA ORANG TU MAKAN 3 HARI DAH BERKESAN ???

Setiap badan manusia tak sama ye. Ada yang metabolisma rendah. Sebab itu makan supplement agak lambat kesan. Jika cara makan betul, pasti ada kesan. Sebenarnya makan supplemen, nak tengok kesannya ambil masa antara 1-3 bulan, tapi ada yang mkn 3 hari pun dah berkesan memang bertuah orang macam ni. Tetapi masih tetap kena ikut cara makan yang betul. 

KENAPA LAMBAT BERKESAN ????

⏩ TIDAK MENGIKUT YG DITETAPKAN.
- Ada badan yang mampu untuk ambil supplement dos yang tinggi dan ada juga yang tak mampu.
- Untuk permulaan ambil supplement cuba pada dos sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dos. 

⏩ KURANG MINUM AIR.
- Kalau tak minum banyak air kadar serapan kurang, bukan makan supplemen je, makan apa-apa pun khasiat kurang diserap. 
- Minum air juga utk bantu PERJALANAN DARAH.

⏩ AMBIL MINUMAN BERKAFEIN/BERGAS.
- Particle dalam minuman ini akan menghapuskan khasiat supplement.
- Nak cantik nak sihat cuba kurangkan kafein atau jarakkan 5-6 jam selepas makan supplemen.

⏩ DETOX.
- Pada bulan pertama, supplement akan detox badan dulu kerana dalam badan kita banyak toksin.
- Supplement akan singkirkan dulu untuk serap khasiat. 

⏩ TAK ADA PERUBAHAN.
- Asyik ke tandas untuk buang air kecil@besar. 
- Ini lah yang dinamakan proses DETOX. 

⏩ TAK SABAR.
- Nak cantik bukan macam hari ni makan esok dah cantik. 
- Dah makan kena lah sabar mana boleh terus cantik.

⏩ LAMBAT / CEPAT.
- Kalau kata tak ada kesan langsung itu tak betul, - - Semua yang ambil supplement MESTI dapat kesan dengan proses DETOX dulu. 
- Kesan2 lain kemudiannya akan menyusul, In Sha ALLAH..

⏩ TIDAK ISTIQOMAH.
- Hari pertama makan dan hari seterusnya begitu juga 
- Minggu kedua dah tak nak makan supplemen

⏩ CARA MAKAN.
- Ada sesetengah supplement perlu makan time PERUT KOSONG contoh jamu
- Ada pulak yg perlu diambil SELEPAS MAKAN.. 

Alhamdulillah rasa sudah cukup apa yang cuba saya sampaikan.
Jaga kesihatan.






Hubungi saya segera :- http://www.wasap.my/60197297176


Post a Comment

0 Comments