Assalamualaikum ..
Selamat pagi ..
Hari ini saya nak ceritakan serba sedikat tentang anak perempuan saya yang berumur 14 tahun. Nama dia Nurina Izzatie. Orangnya agak pemalu. Sebab itu agak sukar nak ambil gambar dia.
Kita terus saja dengan cerita yang berkaitan dengan tajuk entri saya kali ini.
Panggilan di rumah untuk anak saya ialah kakak. Kakak hari ini seawal 6.30 pagi saya hantar ke sekolah untuk mengikuti pertandingan bola jaring wakil sekolah di Kulai.
Siapa sangka kakak yang dulunya penghidap asma kronik kini mampu aktif dalam sukan tanpa sebarang masalah pernafasan.
Kakak menghidap asma bukanlah dari bayi tetapi saya melihat perubahan demi perubahan pada umur dia 3 tahun.
Selama 9 tahun dia menghidap asma. Jika dia batuk dan selesama itulah tanda awal asma akan menyerang.
Dan ketika asma menyerang kakak, keadaan tubuh badan kakak sangat lemah serta mengigil.
Dia hanya mampu menangis. Sehinggakan baju yang dia pakai tidak boleh bersentuh dengan kulit dada.
Apa lagi daya saya sebagai ibu hanya mampu membawanya ke klinik dan sedut gas. Sudah tentu doktor akan bagi ubat-ubat cecair untuk melegakan asma.
Pada awal tahun 2016, kakak masa itu tahun 6. Macam biasa sekolah akan mengadakan sukan tahunan.
Pada mulanya saya tak mengizinkan kakak daripada masuk sebarang acara sukan. Tapi kakak berkeras nak masuk acara lumba lari.
Saya merasa pelik kerana di sepanjang latihan sukan dan seterusnya pada hari sukan sekolah, kakak tidak mengalami langsung asma.
Barulah saya menyedari dan terfikir yang saya ada bagi dia OMEGA GUARD SHAKLEE secara konsisten. Dengan izin Allah, saya boleh katakan yang anak saya pulih sepenuhnya dari asma. Sehinggalah ke hari ini sudah hampir 3 tahun asma hilang sepenuhnya.
Alhamdulillah Allah swt permudahkan usaha untuk saya beri kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak.
Ini lah kakak panggilan saya di rumah
Jom saya hidangkan anda dengan gambar-gambar kejayaan anak saya dalam bidang sukan di sekolah.
Untuk pengalaman saya ini, saya kongsikan sedikit maklumat tentang OMEGA GUARD yang telah mengubah kehidupan anak saya.
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.
4 Comments